ARTIKEL

Pesawat terhempas libatkan dua mangsa di Kapar

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengesahkan terdapat dua mangsa termasuk juruterbang berada dalam pesawat ringan model BK 160 Gabriel, semasa ia terhempas di Kapar, Selangor hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif CAAM Datuk Kapten Norazman Mahmud dalam kenyataan memaklumkan, keadaan kedua-dua mangsa bagaimanapun masih belum dapat dipastikan setakat ini.

Beliau berkata, sebelum kejadian, pesawat dengan nombor pendaftaran I-POOC yang dikendalikan oleh Air Adventure Flying Club itu, berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang, pada 1.28 petang bagi penerbangan rekreasi.

“Hubungan terakhir pesawat dengan pegawai kawalan trafik udara dilaporkan pada 1.35 petang, namun tiada panggilan kecemasan diterima,” katanya.

Beliau berkata Pusat Koordinasi Menyelamat Aeronautikal Kuala Lumpur (KLARCC) di Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur (KLATCC), diaktifkan serta-merta mengenal pasti lokasi pesawat.

“Siasatan lanjut akan dilaksanakan oleh Biro Siasatan Kemalangan Udara di bawah Kementerian Pengangkutan mengikut Bahagian XXVI Peraturan-peraturan Penerbangan Awam 2016,” katanya. – BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Empat projek naik taraf sistem elektrik di Betong

KUCHING: Empat projek naik taraf sistem bekalan elektrik di Bahagian Betong dijangka dilaksanakan dalam tempoh Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13). Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi