ARTIKEL

Peserta bengkel, pengamal media cemas bilik persidangan terbakar

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kebakaran kecil yang berlaku di bilik persidangan sebuah hotel di sini menyebabkan peserta serta pengamal media yang menghadiri Majlis Penutupan Bengkel Pemantapan Pelan Tindakan Membanteras Rabies cemas seketika. 

Kejadian itu berlaku ketika majlis yang dihadiri Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas itu sudah pun berlangsung selama kira-kira 10 minit apabila hadirin dikejutkan dengan percikan api pada bahagian siling bilik itu.

Susulan itu, ruang bilik dipenuhi asap dan Uggah telah dibawa keluar dari bilik berkenaan bersama hadirin yang lain sambil beberapa peserta bengkel dan petugas hotel menggunakan alat pemadam api khas untuk memadamkan api.

Api yang dipercayai berpunca daripada litar pintas itu berjaya dipadamkan beberapa minit kemudian dan majlis dibatalkan atas faktor keselamatan serta bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini berlaku. 

Seramai 140 peserta dari 13 agensi kerajaan negeri dan Persekutuan menyertai bengkel dua hari yang bermula semalam, bertujuan membincangkan strategi memantapkan usaha membanteras penyakit rabies di Sarawak.

-BERNAMA

BERITA LAIN

LCDA bina 1,410 rumah mampu milik di Sarawak

SPAOH: Lembaga Pembangunan dan Lindungan Tanah (LCDA) dipertanggungjawabkan membina 1,410 unit rumah mampu milik di seluruh Sarawak dengan kos keseluruhan RM524.9 juta. Pengurus Besarnya, Datuk

3,050 kanak-kanak terima manfaat di 110 pusat SeDidik

KUCHING: Kerajaan Sarawak melalui Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti (KPWK) terus memperkukuh pembangunan awal kanak-kanak bagi memastikan mereka mendapat pendidikan berkualiti dan peluang

BERITA TERBARU