ARTIKEL

Peserta Larian SABERKAS 2019 bersemangat meredah hujan renyai

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

TATAU: Keadaan cuaca hujan renyai-renyai tidak mematahkan semangat 300 pelari untuk menamatkan larian mereka dalam Larian SABERKAS 2019 anjuran SABERKAS Cawangan N60 Kakus.

Simbolik pelepasan peserta disempurnakan Pegawai Tadbir Sarawak di Pejabat Daerah Tatau,
Elizabeth Anak Bujang dengan disaksikan pengerusi Saberkas Cawangan N60 Kakus,Fadil Hamdani serta Penghulu Lim Tcia Hong.

Beliau menzahirkan perasaan gembira ekoran program tersebut mendapat sambutan yang mengalakkan dari segenap lapisan peringkat umur dan masyarakat berbilang kaum di Daerah Tatau.

Elizabeth berkata beliau menyokong sepenuhnya acara larian itu serta mengalu-alukan acara itu pada tahun mendatang.

Antara objektif larian itu adalah bagi memupuk amalan gaya hidup sihat di kalangan masyarakat Daerah Tatau, khasnya.

BERITA LAIN

Terbuka Arctic: Zii Jia Mara Ke Suku Akhir

KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia mara ke suku akhir Kejohanan Badminton Terbuka Arctic 2026 di Vantaa, Finland hari ini. Pemain ranking ke-56

BERITA TERBARU