ARTIKEL

Sekitar rakaman kenangan sempena Majlis Penutupan Pesta Asajaya 2024. FOTO FB YB KARIM HAMZAH

Pesta Asajaya perlu disenaraikan dalam Kalendar Pelancongan Sarawak untuk dapat peruntukan khas

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

ASAJAYA: Usaha untuk menyenaraikan Pesta Asajaya di dalam Kalendar Pelancongan Sarawak akan dilaksanakan supaya dapat menarik lebih ramai pengunjung ke kawasan ini, kata Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan itu berkata, perkara tersebut penting untuk membolehkan peruntukan khas bagi acara ini disalurkan supaya dapat merancang aktiviti dengan lebih baik.

“Kita akan berusaha untuk menyenaraikan Pesta Asajaya ke dalam Kalendar Pelancongan Sarawak, sama seperti pesta yang diadakan di Kota Samarahan. Setiap tahun kementerian akan memberi peruntukan khas.

“Apabila disenaraikan di dalam kalendar tersebut, ia membantu promosi dan pesta akan lebih dikenali oleh pengunjung dari luar sama ada menerusi pemandu pelancong atau tempat penginapan mereka, seperti hotel,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Majlis Penutupan Pesta Asajaya 2024 di Pusat Penjaja Majlis Perbandaran Kota Samarahan (MPKS) Tambirat di sini, malam tadi.

Tambahnya, usaha ini akan memudahkan pelancong bukan sahaja dari Sarawak sendiri malahan dari luar sama ada Semenanjung Malaysia, Singapura, Indonesia, Brunei, dan lain-lain tempat berkunjung ke kawasan ini.

Katanya, ini kerana Asajaya mempunyai Pusat Penjaja MPKS Tambirat yang menawarkan pelbagai jenis produk tempatan dan makanan tradisi serta mampu menarik minat pengunjung.

“Saya juga tahu, kadang-kadang ada bas atau van yang membawa pelancong ke sini, dari Kuching hingga ke Kampung Tambirat datang ke pusat penjaja kerana mereka tahu produk yang ditawarkan amat baik sekali.

“Produk dan hasil yang dijual di sini bukan hanya dari Kampung Tambirat tetapi ada juga dari kawasan berdekatan termasuk Kota Samarahan, termasuk belacan, gula apong, pekasam dan lain-lain.

“Saya juga berharap agar para peniaga di kawasan ini dapat terus menjaga kualiti dan kebersihan produk kerana penting untuk mendapat kepercayaan pembeli,” ujar Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Asajaya itu.

Menjelas lanjut mengenai Pesta Asajaya yang berlangsung dari 16 hingga 24 November lepas, beliau memaklumkan penganjuran pesta seperti ini dapat menjadi platform untuk meningkatkan ekonomi para peniaga tempatan.

“Saya percaya apabila orang ramai datang ke sini, ia diumpamakan seperti gula dan semut. Apabila ramai pengunjung, gerai-gerai yang menjual makanan, akan mendapat lebih keuntungan kerana ada gerai yang buka sehingga malam.

“Kita juga bangga dengan penganjuran pesta ini kerana saya percaya ia mampu memberikan pengalaman yang baik kepada pengunjung bukan sahaja dari kawasan sekitar tetapi juga mereka dari luar,” jelasnya.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU