ARTIKEL

Pesta Babulang mungkin disambut kembali tahun ini

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Pesta Babulang yang disambut kaum Bisaya dan terkenal dengan acara lumba kerbaunya mungkin akan disambut kembali tahun ini selepas berehat selama dua tahun.

Presiden Persatuan Bisaya Sarawak Joseph Blandoi bagaimanapun berkata pesta itu tertakluk kepada situasi terkini COVID-19.

Beliau berkata majlis tertinggi persatuan itu dalam mesyuarat baru-baru ini telah menggariskan perayaan dan perlumbaan sebagai antara acara utama dalam kalendar aktiviti tahun ini.

Menurut Joseph sejak pandemik dua tahun lepas, banyak aktiviti telah ditangguhkan atau dibatalkan termasuk sambutan ulang tahun persatuan itu yang ke-50 tahun lepas.

“Kami mungkin terpaksa mengubah suai penganjuran festival kami tahun ini dengan beberapa acara akan diadakan sama ada secara fizikal atau maya atau secara hibrid.

“Ini boleh dilakukan dengan teknologi. Beberapa acara yang merupakan acara lazim festival boleh dibahagikan dan diadakan sepanjang tahun.

“Pilihan sebegini tidak mampu dielak bagi mengatasi kesesakan dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) kesihatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Joseph bagaimanapun berkata acara perdana seperti lumba kerbau, pertunjukan malam kebudayaan dan ‘Panakod Babulang’ (penerimaan Tetamu Kehormat) akan diadakan bermula 3 hingga 5 Jun.

“Acara ini sangat popular dalam kalangan pelancong dari Brunei, Labuan, Sabah dan Sarawak sendiri,” katanya.

Joseph berkata aktiviti lain yang turut disenarai adalah perasmian bangunan persatuan, seminar/bengkel, Rakit Babulang, golf amal Babulang, larian riadah dan majlis makan malam apresiasi tahunan. — BERNAMA

BERITA LAIN

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan

MBKS bandar pelancongan bersih ASEAN

KUCHING: Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) menerima pengiktirafan ASEAN Clean Tourist City Standard bagi tempoh 2026 hingga 2028, sekali gus mengekalkan pencapaian itu untuk kali

BERITA TERBARU

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan