ARTIKEL

Pesta Lun Bawang pada Jun ini

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING:  Irau Aco Lun Bawang atau Pesta Lun Bawang yang meraikan kekayaan budaya dan warisan kaum Lun Bawang akan diadakan pada 1 hingga 3 Jun depan di Lawas, kawasan utara Sarawak.

Presiden Persatuan Lun Bawang Sarawak Dolphina Balang berkata penganjuran acara itu diharap dapat menarik lebih ramai pengunjung ke Lawas.

“Irau Aco Lun Bawang telah menjadi acara ikonik di Lawas, bukan sahaja disambut oleh masyarakat Lun Bawang tetapi juga masyarakat setempat di seluruh wilayah utara Sarawak. 

“Tahun ini, kami berusaha untuk meneruskan usaha yang baik seperti tahun-tahun lepas dan menjemput rakan-rakan kami dari Brunei, Sabah dan Kalimantan (Indonesia) dalam menjayakan pesta ini sekali lagi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bertemakan ‘Budaya Menginspirasikan Perpaduan’, pelbagai program keseniaan, kebudayaan dan aktiviti sukan akan diadakan sepanjang tiga hari acara itu berlangsung.

Acara menarik yang akan diketengahkan pada pesta itu termasuk persembahan muzik tradisional dan pembuatan manik untuk pakaian tradisional bagi mengekalkan warisan budaya dalam kalangan komuniti Lun Bawang.

Acara kemuncak pesta itu ialah pertandingan ratu cantik dan pahlawan Lun Bawang yang akan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM20,000.

Maklumat lanjut acara itu boleh diperoleh menerusi laman Facebook dan Instagram Irau Aco Lun Bawang. — BERNAMA

BERITA LAIN

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan

MBKS bandar pelancongan bersih ASEAN

KUCHING: Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) menerima pengiktirafan ASEAN Clean Tourist City Standard bagi tempoh 2026 hingga 2028, sekali gus mengekalkan pencapaian itu untuk kali

BERITA TERBARU

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan