ARTIKEL

Pesta Nanas dan Buah-buahan Sarikei catat kejayaan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Len Talif menyampaikan hadiah kepada pemenang gerai tercantik Dapur Sarikei, Annuar Basri, sambil diperhatikan tetamu jemputan yang lain.

SARIKEI: Pesta Nanas dan Buah-buahan Sarikei mencipta kejayaan apabila mencatat jualan tertinggi, sekali gus menjadi platform penting untuk menyuburkan ekonomi penduduk khususnya peniaga kecil.

Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Datuk Len Talif Salleh berkata, melalui penjenamaan semula, skop pesta itu menjadi lebih meluas bukan sekadar menyerlah potensi agro pelancongan tetapi juga menjana pendapatan rakyat.

Katanya, program berkenaan juga dapat meningkatkan sosioekonomi penduduk melalui pelbagai aktiviti keusahawanan, jualan dan promosi produk.

“Pada tahun ini, kita menetapkan jualan keseluruhan sebanyak RM2.5 juta namun, ekoran sambutan positif orang ramai terhadap gerai jualan, sasaran itu meningkat kepada RM3.5 juta iaitu melebihi RM1 juta.

“Jumlah ini tidak termasuk transaksi jualan di premis sekitar Sarikei. Ini kerana, sepanjang pesta, kita dapat melihat peningkatan ketara jumlah pengunjung. Secara tidak langsung, ia juga mendorong kepada peningkatan pendapatan golongan peniaga,” katanya ketika menyempurnakan Majlis Penangguhan Rasmi Pesta di sini, hari ini.

Pesta ini merupakan edisi ke-17 penganjuran dengan penjenamaan semula kepada Pesta Nanas dan Buah-buahan Sarikei.

Penganjuran pesta adalah kolaborasi dan kerjasama pintar dengan pelbagai pihak serta kos penganjuran dibiayai bersama-sama pihak yang berkaitan.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU