Laporan berita laman sesawang media luar negara menyebut, Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat memperingatkan penganjur “Gang Bang JB Party” agar menghenti dan membatalkan pesta tidak bermoral berkenaan.
Pesta seks liar yang dijadual berlangsung di Johor pada 20 Jun akan datang, bertentangan dengan undang-undang sehingga polis dilaporkan menyiasat isu tersebut berdasarkan Seksyen 292 (E) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998.
Jika sabit kesalahan penganjur boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan tidak melebihi setahun atau kedua-duanya sekali.
Polis membuat pemantauan berterusan terhadap penganjuran acara menyalahi undang-undang dan mengambil tindakan tegas sekiranya berlaku pelanggaran undang-undang