KANOWIT: Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mancha Ata bersama-sama Pengerusi PERKEP Sarawak Datin Jennita William mengadakan lawatan kebajikan ke atas Sarjan Anjan Ngelambai di kediamannya, di sini, kelmarin.
Lawatan turut dihadiri Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Ibrahim Darus serta isteri Datin Zanilatun Kamariah Zakaria yang juga Naib Pengerusi PERKEP Sarawak.
Menurut Facebook Polis Sarawak, Anjan yang bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Daerah Kanowit mengalami kecederaan semasa menangkap suspek kes cubaan bunuh pada 15 September lalu.
Lawatan kebajikan ini tanda keprihatinan pucuk pimpinan PDRM Sarawak dalam menjaga kebajikan anggotanya serta memberikan sokongan moral.
Lawatan Mancha dan Ibrahim turut diiringi Ketua Polis Daerah Kanowit, DSP Dennis Bunyam.

