Trending

Petani dan usahawan di Jepak tidak terpinggir daripada mendapat bantuan

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

BINTULU: Golongan petani dan usahawan tani di kawasan Dun Jepak disaran agar memanfaatkan  bantuan dan kemudahan yang disediakan kerajaan di bawah Program Dana Fasiliti Pertanian(AFF) bagi meningkatkan sosioekonomi diri dan keluarga mereka.

Menteri di Jabatan Ketua Menteri (Integriti dan Ombudsman) Datuk Talib Zulpilip berharap menerusi bantuan tersebut, golongan terbabit fokus serta komited memajukan projek pertanian yang diusahakan.

Selain itu, beliau turut menyarankan pihak terlibat agar  mengadaptasi teknologi pertanian  moden dalam meningkatkan kecekapan dan produktiviti pengeluaran hasil pertanian yang diusahakan.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyerahkan input pertanian di bawah peruntukan AFF Dun Jepak di stor penyimpanan baja Jabatan Pertanian Bahagian Bintulu, di sini, hari ini.

Seramai 70 petani di kawasan Dun Jepak membabitkan peruntukan RM600,000.00 menikmati manfaat di bawah Program tersebut.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

26 November 2023

Berita Terbaru