Petani derita kanser lidah perlu bantuan segera

KUCHING: Penderitaan petani yang menderita penyakit mental dan kanser lidah serta hidung memerlukan bantuan orang ramai.

Prihatin dengan kesukaran dihadapi petani yang berasal dari Tebedu tersebut, Persatuan Kebajikan Harapan Kuching (PKHK) menghulurkan bantuan kepada Maitang Toi pada minggu lepas.

Pada pada sama, petani yang berumur 47 tahun tersebut juga mempunyai tiga anak yang masih bersekolah.

Setelah menjalani pembedahan seminggu yang lalu, Maitang kini menetap di Anjung Kasih sementara menunggu rawatan radioterapi.

Kes tersebut dirujuk oleh pekerja sosial perubatan Hospital Umum Sarawak dan Maitang memerlukan bantuan segera iaitu selepas menjalani pembedahan, penyaluran makanan Maitang hanya melalui tiub dan dia juga hanya boleh bernafas melalui tiub di lehernya.

Menurut pekerja sosial tersebut, Maitang juga mempunyai masalah mental dan memegang Kad OKU dan turut mendapati isterinya mempunyai sejarah kemurungan tahun lalu.

Selain itu, Hope Place turut membekalkan susu khas untuk Maitang sepanjang tempoh dia tinggal di Anjung Kasih dan setiap susu khas tersebut boleh bertahan selama tiga hari.

Maitang juga menerima bantuan kewangan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat iaitu bantuan sebanyak RM350 sebulan.

Pihak PKHK kini telah menjaga lebih daripada 190 keluarga serta individu yang memerlukan dan bagi individu yang ingin menghulurkan bantuan amatlah dialu-alukan.

Untuk maklumat lanjut, PKHK boleh dicapai di talian 082-505987 dan waktu beroperasi adalah Isnin hingga Jumaat dari jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang manakala pada hari Sabtu adalah dari jam 8.30 pagi hingga 12.30 malam.