ARTIKEL

PENYERAHAN... Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang, Ir. Lo Khere Chiang menyerahkan bantuan AFF kepada 52 petani.

Petani di DUN Batu Kitang dapat bantuan pertanian

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seramai 52 petani daripada Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Kitang mendapat manfaat bantuan pertanian melalui projek Dana Kemudahan Pertanian (AFF) Fasa 1.

ADUN Batu Kitang, Ir. Lo Khere Chiang berkata, projek tersebut bermatlamat membantu petani meningkatkan hasil tanaman dan pendapatan mereka.

“Antara cabaran yang dihadapi oleh petani dalam proses penanaman kini ialah kenaikan kos input, perubahan iklim, dan perosak serta penyakit tanaman.

“Oleh itu, saya berharap bantuan tersebut dapat mengurangkan kos, meningkatkan produktiviti tanaman dan meningkatkan mata pencarian mereka,” ujarnya dalam majlis ringkas penyerahan bantuan AFF Fasa 1 di sini, semalam.

Antara bantuan yang diperoleh ialah, benih, baja dan racun perosak. 

Di samping meningkatkan produktiviti bidang pertanian, bantuan tersebut juga membuka peluang kepada petani dan peniaga kecil-kecilan di Batu Kitang dalam bidang perniagaan pertanian.

“Maka, bantuan tersebut bukan sahaja memberi manfaat kepada petani, tetapi juga peniaga kecil Batu Kitang,” tambanya lagi.

Ia sekali gus menjadi pemangkin kepada peningkatan ekonomi tempatan dan taraf hidup masyarakat setempat.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU