ARTIKEL

DAPAT GANGSA... Akhtar Shauqi Aini bersama pingat yang dimenanginya.

Petanque Sarawak sumbang gangsa

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SELANGOR: Atlet berpengalaman petanque Sarawak, Akhtar Shauqi Aini Mohd Dom, menceriakan kontinjen negeri apabila meraih pingat gangsa pada Sukan Malaysia (SUKMA) XXII 2026.

Akhtar Shauqi bermula cemerlang dalam saingan, bagaimanapun terpaksa akur selepas tewas pada peringkat separuh akhir.

Presiden Persatuan Boules Negeri Sarawak, Dato Wan Abdillah Edruce Wan Abdul Rahman berkata, kejayaan itu menjadi pencetus semangat kepada atlet Sarawak lain untuk memburu pingat dalam acara masing-masing.

“Satu permulaan yang baik bagi kita apabila Akhtar Shauqi Aini berjaya memperoleh pingat pertama, iaitu pingat gangsa.

“Saya percaya ini akan menjadi pencetus semangat kepada rakan-rakannya yang lain selepas ini,” katanya kepada Arena Suara Sarawak.

Akhtar Shauqi sudah memberikan aksi terbaik sepanjang saingan, namun kemenangan tidak memihak kepadanya untuk mara ke final.

“Jika dia berjaya melepasi peringkat separuh akhir tadi, mungkin peluang kita untuk memperoleh emas lebih cerah,” katanya.

Wan Abdillah yakin kutipan pingat Sarawak dalam acara petanque akan terus bertambah selepas beberapa kategori mula dipertandingkan hari ini.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU