ARTIKEL

Petanque Satukan Generasi, Balingian Cungkil Bakat Baharu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BALINGIAN: Sukan petanque bukan sahaja berperanan sebagai aktiviti riadah, malah menjadi platform penting dalam pembentukan sahsiah, disiplin serta pengukuhan perpaduan masyarakat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balingian, Abdul Yakub Arbi berkata, meskipun sukan tersebut kelihatan santai, ia sebenarnya menuntut tahap fokus, strategi, kesabaran serta kerjasama berpasukan yang tinggi.

“Melalui penganjuran Kejohanan Double Petanque Terbuka Balingian ini, kita bukan sahaja berupaya melahirkan atlet berkemahiran, malah membentuk individu yang berdaya saing, beretika serta memiliki semangat kesukanan yang tinggi.

“Saya juga melihat sukan ini sebagai medium sesuai untuk merapatkan jurang antara generasi kerana ia boleh disertai oleh pelbagai peringkat umur, daripada golongan belia hingga veteran,” katanya.

AKSI…Antara aksi pemain dalam Kejohanan Double Petanque Terbuka Balingian 2025, baru-baru ini.

Sehubungan itu, beliau menegaskan bahawa golongan belia merupakan aset bernilai kepada pembangunan negara dan negeri.

Jelasnya, penganjuran kejohanan sukan seperti ini amat signifikan dalam usaha mencungkil bakat baharu, khususnya di peringkat akar umbi.

Di samping itu, beliau berharap agar kejohanan ini dapat menjadi medan permulaan kepada atlet muda untuk melangkah lebih jauh, sama ada ke peringkat bahagian, negeri mahupun antarabangsa.

“Dengan latihan berterusan, bimbingan jurulatih berpengalaman serta sokongan padu daripada semua pihak, saya yakin Balingian mampu melahirkan pemain petanque yang berkaliber dan berpotensi tinggi,” tambahnya.



Dalam pada itu, Yakub turut menzahirkan penghargaan kepada Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak (MYSED) Bahagian Mukah selaku penganjur utama dengan kerjasama Kelab Boules Balingian atas komitmen serta kejayaan penganjuran kejohanan tersebut.

Pada kejohanan itu, pasukan REBC 15 muncul juara, diikuti pasukan Ibu Pertiwi Ku selaku naib juara, manakala tempat ketiga bersama dimenangi oleh pasukan RAYYANGERS 2 dan GPVAEI.

Beliau turut merasmikan gelanggang Arena Petanque Balingian yang menerima peruntukan berjumlah RM200,000 di bawah Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) 2025.

RAKAM KENANGAN…Yakub merakam kenangan bersama peserta dan penganjur selepas kejohanan tersebut.

BERITA LAIN

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan

BERITA TERBARU