ARTIKEL

Petinju muda taruhan Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sarawak mempertaruhkan barisan petinju muda pada Kejohanan Tinju Piala Malaysia 2023 yang akan berlangsung di Kompleks Sukan Nilai, Negeri Sembilan bermula 29 Oktober hingga 4 November.

Ketua jurulatih tinju Sukma Sarawak Muhammad Helman Morni memberitahu, petinju terbabit antara yang berada dalam skuad bayangan Sukma 2024.

Menurut Helman, lima daripada petinju lelaki yang akan berentap dalam kategori masing-masing, berbanding tiga petinju wanita.

“Lima petinju lelaki terbabit ialah Clarkson Evan Tom Frankie (48 kilogram), Joshuan Frendom Louis (51kg), Khairil Hazami Sulam (54kg), Anderton Tie Texk Hieng (60kg) dan Fredrick Xian Bartholomew Albern (63.5kg).

“Manakala, barisan petinju wanita pula ialah Victoria Louisa (48kg), Clavia Charlene Sudang Kenedy (52kg) dan Hamiesa Hamdan (63kg),” ujar Helman kepada Arena Suara Sarawak.

BERITA LAIN

Jadual Padat Lima Kejohanan Uji Kuching City

KUCHING: Jadual padat membabitkan lima kejohanan serentak menjadi antara cabaran terbesar Kuching City FC musim ini apabila tempoh pemulihan yang singkat memaksa The Cats melakukan

BERITA TERBARU