ARTIKEL

INGAT PESANAN...Muhammad Helman (kiri) memberitahu sesuatu kepada petinju sebelum memulakan latihan, petang tadi.

Petinju SUKMA diseru pamer aksi terbaik

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SRI AMAN: Ketua jurulatih tinju SUKMA Sarawak, Muhammad Helman Morni berharap petinju yang terlibat dalam Kejohanan Tinju Terbuka Sarawak 2025 mempamer aksi terbaik masing-masing.

Katanya, mereka harus memanfaat peluang yang ada untuk menimba pengalaman selain menjadikan kejohanan kali ini sebagai pentas meningkatkan prestasi diri.

“Ingatan saya kepada petinju agar memanfaatkan peluang yang ada sepanjang kejohanan ini berlangsung.

“Dengan kata lain, guna kesempatan yang ada untuk meraih pengalaman baharu serta meningkatkan prestasi,” ujar Helman kepada Arena Suara Sarawak.

Terdahulu Helman menegaskan, seramai enam petinju yang berada dalam skuad SUKMA turut serta dalam kejohanan kali ini.

Katanya, barisan petinju terbabit akan bersaing dalam kategori masing-masing.

Antaranya, Muhammad Irfan Tom Frankie (51kg), Khairil Hazami Sulam (60kg), Lam Wee Liang (63.5kg), Marcos Robert (80kg), Patricia Jaquilina Anak Bruce (48kg) dan Clavia Charlene Sudang Anak Kenedy (52kg).

“Perlawanan mereka bermula malam ini (Rabu) dalam kategori berbeza. Saya harap mereka dapat tampil dengan aksi terbaik masing-masing,” tambah Helman.

Skuad tinju SUKMA Sarawak yang turut dibantu dua jurulatih berpengalaman dari Filipina iaitu Wilbur Buag Ay Andogan dan Reynaldo Inocian.

BERITA LAIN

Liputan Internet Kota Sentosa capai 98.5 peratus

KUCHING: Liputan Internet mengikut kawasan penempatan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Sentosa kini mencapai 98.5 peratus, kata Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk

BERITA TERBARU

Liputan Internet Kota Sentosa capai 98.5 peratus

KUCHING: Liputan Internet mengikut kawasan penempatan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Sentosa kini mencapai 98.5 peratus, kata Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk

Polis Sahkan Pegawai Kastam Maut Dipercayai Dibunuh Suami

NILAI: Seorang pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) ditemukan maut dipercayai dibunuh suaminya dalam kejadian di Kuarters Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, malam tadi.