ARTIKEL

Petisyen halang SUGA BTS muncul di TV

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SATU petisyen dikemukakan kepada papan mesej penonton KBS bagi mendesak agar ahli BTS, SUGA, dilarang muncul dalam sebarang program siaran susulan kes memandu di bawah pengaruh alkohol (DUI) yang pernah dikaitkan dengannya.

Petisyen bertajuk “Permintaan untuk Menyekat Penampilan SUGA Berkaitan Denda DUI” itu dimuat naik pada 23 Jun lalu.

Penulis petisyen meminta agar Jawatankuasa Semakan Peraturan Penampilan KBS bersidang untuk menilai kelayakan SUGA muncul di kaca televisyen, memandangkan tahap kesalahan dan pengaruh besar yang dimilikinya terhadap orang ramai.

SUGA sebelum ini dikenakan denda 15 juta won (ASD11,000) melalui perintah ringkas pada September 2024 selepas didapati menunggang skuter elektrik dalam keadaan mabuk pada 6 Ogos 2024 ketika sedang menjalani khidmat sosial alternatif.

Bacaan alkohol dalam darahnya dilaporkan melebihi 0.08 peratus, iaitu had yang membawa kepada pembatalan lesen memandu di Korea Selatan.

“Sebagai seorang selebriti yang mempunyai pengaruh besar terhadap golongan muda, penampilan SUGA di televisyen boleh melemahkan kesedaran umum terhadap seriusnya jenayah DUI,” tambahnya.

Tambahnya lagi, KBS sebelum ini tidak mengambil sebarang tindakan kerana siasatan masih berlangsung ketika itu.

Namun, dengan denda yang dimuktamadkan pada 27 September 2024 dan SUGA pula menamatkan perkhidmatan alternatifnya pada 21 Jun lalu, mereka menggesa agar tindakan segera diambil.

KBS mempunyai mekanisme dalaman untuk menyemak sama ada individu yang terlibat dalam tingkah laku tidak sah atau tidak beretika wajar dibenarkan muncul di kaca televisyen.

Sebelum ini, beberapa selebriti seperti pelakon Kwak Do Won dan penyanyi Kim Ho Joong pernah digantung penampilan mereka kerana kes berkaitan DUI.

Sementara itu, SUGA telah menyempurnakan perkhidmatan tentera alternatifnya pada 21 Jun lalu.

Kini, dengan kesemua tujuh anggota BTS telah melengkapkan khidmat wajib mereka, peminat semakin teruja menantikan kemunculan semula kumpulan itu sebagai satu unit penuh naik pada 23 Jun lalu.

Penulis petisyen meminta agar Jawatankuasa Semakan Peraturan Penampilan KBS bersidang untuk menilai kelayakan SUGA muncul di kaca televisyen, memandangkan tahap kesalahan dan pengaruh besar yang dimilikinya terhadap orang ramai.

SUGA sebelum ini dikenakan denda 15 juta won (ASD11,000) melalui perintah ringkas pada September 2024 selepas didapati menunggang skuter elektrik dalam keadaan penampilan SUGA di televisyen boleh melemahkan kesedaran umum terhadap seriusnya jenayah DUI,” tambahnya.

Tambahnya lagi, KBS sebelum ini tidak mengambil sebarang tindakan kerana siasatan masih tingkah laku tidak sah atau tidak beretika wajar dibenarkan muncul di kaca televisyen.

Sebelum ini, beberapa selebriti seperti pelakon Kwak Do Won dan penyanyi Kim Ho Joong pernah digantung penampilan mereka kerana kes berkaitan DUI.

Sementara itu, SUGA telah menyempurnakan perkhidmatan tentera alternatifnya pada 21 Jun lalu.

Kini, dengan kesemua tujuh anggota BTS telah melengkapkan khidmat wajib mereka, peminat semakin teruja menantikan kemunculan semula kumpulan itu sebagai satu unit penuh.

BERITA LAIN

JEP SEPAHTU bayar zakat RM1.93 juta

JEP SEPAHTU sekali lagi mencuri perhatian apabila berkongsi 16 resit pembayaran zakat bagi tempoh 2016 hingga 2025 yang menunjukkan jumlah keseluruhan kira-kira RM1.93 juta. Perkongsian

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha