Petronas bantu pelihara biodiversiti di Sabah

TONGOD: Pusat Pembelajaran Kanyon Imbak (ICSC) yang terletak di Kawasan Konservasi Kanyon Imbak Sabah (ICCA) hari ini telah dirasmikan oleh Ketua Menteri Sabah merangkap Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah Datuk Mohd Shafie Haji Apdal, setelah beberapa tahun pembinaannya dan pembangunanya siap sejak 2016.

Pelancaran pusat pembelajaran ini merupakan satu hasil kerjasama jitu oleh dengan Yayasan Sabah bersama dengan Petronas dalam usaha mengukuhkan lagi Imbak Kanyon sebagai pusat pembelajaran bagi masyarakat pribumi asal dalam memelihara dan memapankan biodiversiti yang ada di Sabah ini.

Selain ia merupakan salah satu langkah berterusan dalam kempen mempromosikan Pusat Pembelajaran Kanyon Imbak kepada pelbagai negara terutamanya pada peringkat antarabangsa.

Ketua Menteri Sabah Datuk Shafie Haji Apdal menyiram pokok selepas penanaman dibuat sebagai tanda sokongan padu terhadap pembangunan Pusat Pembelajaran Kanyon Imbak (ICSC) hari ini.

Memorandum Persefahaman (MoU) turut termeterai hari ini antara Yayasan Petronas dan Yayasan Sabah dalam mengembangkan lagi usaha yang dilaksanakan selama ini.

Kedudukan pusat pembelajaran tersebut kini terletak di sebuah hutan dara yang berada di tengah-tengah negeri Sabah yang menempatkan pelbagai keunikan flora dan fauna serta landskap yang menarik.

Yayasan Petronas juga memperkenalkan sebuah gerab penyelidikab alam semula jadi bagi tujuan mendorong kajia berkaitan sinki karbo , biodiversiti serta tenaga baharu.

Kanyon Imbak ini ialah salah satu daripada lima kawasan konservasi yang diuruskan oleh Kumpulan Yayasan Sabah yang meliputi Lembah Danum, Lembah Maliau, Persisiran Pantau Silam dan Sungai Taliwas.

Oleh itu, hasil dari sumbangan Petronas berjumlah RM6 juta pada tahun 2010 dan bekerjasama dengan Kumpulan Yayasan Sabah telah banyak membantu dalam proses konservasi di Kanyon Imbak sehingga ke hari ini.

Manakala pada 2017, Petronas telah menyumbangkan RM77 juta dalam pembinaan ICSC dan kemudahan berkaitan termasuk pembangunan Pusat Maklumat Ulu Kinabatangan dan Jeti Ulu Kinabatangan yang berada di Kampung Imbak serta penubuhan Persatuan Porter dan Malim Kanyon Imbak.

Kini Imbak Kanyok yang berkeluasan 27,599 hektar ini telah menjadi pusat kepada 913 kajian flora dan fauna oleh para saintis seluruh dunia.

Ekspedisi pada 2004 juga telah merumuskan bahawa terdapat 317 spesies tumbuhan yang mewakili 84 keluarga dan 185 genera, termasuklah 82 spesies mamalia, 242 spesies burung, 22 spesies ikan air tawar dan lebih 26 spesies haiwan karnivor telah dikenal pasti di kawasan ini.

Kini Kawasan Konservasi Kanyon Imbak Sabah berpotensi menjadi penyumbang kepada industri eko perlancongan, pendidikan alam sekitar, pengkajian sains dan biodiversiti, pemuliharaan biodiversiti serta pemeliharaan tabung gen, dan potensi farmaseutikal dan bioteknologi.

Turut hadir sama merasmikan ialah Pengarah Yayasan Sabah Datuk Jamalul Kiram Mohd Zakaria, Pengerusi Petronas dan Yayasan Petronas Ahmad Nizam Salleh serta Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petronas Wan Zulkiflee Wan Ariffina.

DETIK BERSEJARAH … Ketua Menteri Sabah Datuk Mohd Shafie Haji Apdal secara rasmi melancarkan dan menandatangani memorandum persefahaman Pusat Pembelajaran Kanyon Imbak
yang terletak di Kawasan Konservasi Kanyon Imbak Sabah.