ARTIKEL

Fadillah Yusof

Petronas Hentikan 5,000 Pekerja Tiada Kaitan Dengan Peranan Sarawak Sebagai Gas Agregator

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Keputusan Petronas untuk memberhentikan lebih 5,000 pekerjanya tidak berkaitan dengan peranan Sarawak sebagai gas agregator. Sebaliknya, ia dipengaruhi oleh tekanan ekonomi global susulan kejatuhan harga minyak mentah di bawah paras bajet.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata beliau hanya dimaklumkan tentang perkara itu menerusi laporan media dan masih belum menerima sebarang taklimat rasmi daripada pihak pengurusan Petronas.

“Saya difahamkan langkah itu sebahagian daripada proses penstrukturan semula bagi memastikan kelangsungan operasi Petronas.

“Pada asasnya, mereka sedang mencari cara untuk memastikan kelangsungan kerana harga minyak jatuh di bawah paras bajet,” katanya kepada media selepas menghadiri program ibadah korban anjuran Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Sungai Laruh di Masjid Taman Hussein di sini semalam.

Mengulas lanjut, Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) berkata beliau akan mendapatkan penjelasan terus daripada Petronas dalam masa terdekat bagi memahami rasional di sebalik keputusan itu dan mencari jalan penyelesaian terbaik.

“Saya akan berjumpa dengan mereka untuk mendapatkan taklimat lanjut.

“Jadi, saya berharap dapat berbincang dengan mereka untuk melihat sama ada kita boleh menangani isu pemberhentian pekerja ini,” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau menegaskan bahawa spekulasi yang mengaitkan keputusan pemberhentian pekerja itu dengan kedudukan Sarawak sebagai gas agregator adalah tidak berasas.

Terdahulu, Ketua Pegawai Eksekutif Petronas, Tan Sri Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz, memaklumkan Petronas dijangka mengurangkan kira-kira 10 peratus daripada tenaga kerjanya atau lebih 5,000 orang sebagai sebahagian daripada pelan penstrukturan semula syarikat secara menyeluruh.

Ujarnya, langkah itu terpaksa diambil bagi mengurangkan kos operasi susulan kejatuhan harga minyak mentah yang memberi kesan langsung terhadap kedudukan kewangan syarikat.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU