ARTIKEL

Rashidah menyampaikan plak penghargaan kepada wakil salah satu vendor OGSE Sarawak sambil disaksikan oleh Awang Tengah (tengah), Bacho (kanan) serta tetamu kehormat lain.

Petronas, Petros Saling Melengkapi Laksana Pelan Hala Tuju Gas Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Petroliam Nasional Bhd (Petronas) dan Petroleum Sarawak Bhd (Petros) akan terus saling melengkapi sebagai rakan strategik dalam melaksanakan Pelan Hala Tuju Gas Sarawak yang merangkumi empat hab utama di Kuching, Bintulu, Miri dan Samalaju.

Timbalan Premier Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, membina ekosistem seperti ini merupakan tanggungjawab bersama, dengan selama bertahun-tahun, industri tenaga Sarawak mendapat manfaat daripada pelaburan berterusan dan pelbagai inisiatif kerjasama yang memperkukuh penyertaan syarikat tempatan di sepanjang rantaian nilai.

“Usaha ini menyediakan asas yang lebih kukuh kepada perusahaan tempatan untuk berkembang, berinovasi dan bersaing dalam aktiviti di darat mahupun luar pesisir.

“Petronas menjadi rakan penting menerusi pelbagai inisiatif seperti Program Pembangunan Vendor (VDP), sokongan pembiayaan serta program yang menggalakkan amalan perniagaan yang bertanggungjawab, inklusif dan mampan,” katanya berucap pada Majlis Memperingati Vendor OGSE 2026 anjuran Petronas di sebuah hotel terkemuka di sini, hari ini.

Awang Tengah yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan menambah inisiatif ini meningkatkan daya tahan dan daya saing ekosistem vendor Sarawak serta membuka lebih banyak peluang kepada syarikat tempatan untuk mengambil bahagian secara bermakna dalam industri.

“Kerjasama berterusan antara kerajaan, Petronas, Petroleum Arrangement Contractors (PAC), persatuan industri dan syarikat tempatan amat penting bagi mewujudkan persekitaran yang menggalakkan inovasi serta menjadikan peluang yang ada sebagai nilai ekonomi berkekalan untuk Sarawak dan Malaysia,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menggalakkan semua vendor tempatan untuk terus melabur dalam pembangunan modal insan, teknologi dan inovasi.

“Bangunkan keupayaan baharu, rebut peluang bernilai tinggi dan kekalkan komitmen kecemerlangan. Mereka yang terus berkembang akan berada pada kedudukan terbaik untuk menyumbang bukan sahaja kepada pembangunan Sarawak, malah kepada industri tenaga di peringkat serantau dan global,” katanya.

BERITA LAIN

Kuching Tuan Rumah MTQBB 26 Hingga 29 Oktober Ini

KUCHING: Bandar raya Kuching bakal menjadi tuan rumah Majlis Tilawah Al-Quran Bandaraya Se-Borneo (MTQBB) 2026 yang berlangsung dari 26 hingga 29 Oktober ini. Majlis berkenaan

BERITA TERBARU