ARTIKEL

Petronas sedia untuk projek LNG di Kanada dengan tambahan tiga kapal LNG baharu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Petronas dalam persiapan untuk memulakan projek LNG di Kanada dengan menambah tiga kapal gas asli cecair (LNG) cekap tenaga baharu yang dibina terutamanya untuk penghantaran dari Amerika Utara kepada pelanggannya.

Dengan pertambahan tiga kapal baharu iaitu Puteri Sejinjang, Puteri Mahsuri dan Puteri Mayang, jumlah keseluruhan kapal LNG untuk operasi Petronas di Amerika Utara sebanyak enam buah kapal.

“Sebelum ini, penghantaran dan menamakan tiga kapal pertama, Puteri Saadong, Puteri Ledang dan Puteri Santubong, pada Januari 2024,” menurut Petronas dalam kenyataan semalam.

Kapal-kapal itu, yang dibina di limbungan Hyundai Heavy Industries (HHI) di Ulsan, Korea Selatan, masing-masing mempunyai kapasiti kargo sebanyak 174,000 meter padu dan merupakan kapal terbesar dalam kumpulan kapal Petronas pelbagai saiz.

Ketua Pegawai Operasi Petronas Adnan Zainal Abidin berkata LNG, komponen utama untuk peralihan tenaga yang adil, akan kekal relevan untuk jangka masa panjang.

“Dengan ketibaan kapal baharu ini, Petronas mengukuhkan komitmennya untuk menawarkan bahan api pilihan yang amat diperlukan ini kepada pelanggannya melalui kaedah yang cekap dan dipercayai,” katanya.

Petronas mempunyai 25 peratus pegangan dalam LNG Canada di Kitimat, British Columbia, antara loji intensiti pelepasan karbon terendah di dunia.

Kemudahan itu dijadualkan untuk memulakan operasi pada akhir tahun ini. 

“Dengan pengembangan strategik kumpulan LNGnya, Petronas bukan sahaja meningkatkan kesediaannya untuk permulaan LNG Canada tetapi turut menekankan komitmennya sebagai rakan kongsi tenaga yang progresif menawarkan penyelesaian rendah karbon kepada pelanggannya,” menurut syarikat minyak nasional itu. — BERNAMA

BERITA LAIN

Perkukuh daya tahan ekonomi

KUALA LUMPUR: Belanjawan 2027 bertujuan memperkukuh daya tahan ekonomi Malaysia, menyokong perubahan industri dan meningkatkan pembangunan tenaga kerja dalam sektor sarung tangan getah, kata Persatuan

Industri minyak dan gas perluas operasi

KUALA LUMPUR: Industri perkhidmatan serta peralatan minyak dan gas (OGSE) Malaysia di landasan tepat bagi fasa pertumbuhan selanjutnya dan perlu terus memperluas skala operasi, inovasi

BERITA TERBARU

Projek ART Kuching Jadi Rujukan

KUCHING: Projek Transit Aliran Autonomi (ART) Kuching menjadi antara projek rujukan utama luar negara bagi China Railway Rolling Stock Corporation (CRRC) dalam usaha memperluas penggunaan