ARTIKEL

Abang Johari berucap pada Istiadat Perbarisan dan Rapat Raksasa sempena Sambutan Ulang Tahun Kelahiran Ke-80 Yang di-Pertua Negeri Sarawak di Padang Merdeka, hari ini. | FOTO: PENERANGAN

PETROS bangunkan telaga gas baharu di Miri

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) dijangka membangunkan satu lagi telaga gas menjelang pertengahan 2027 bagi membekalkan gas kepada stesen janakuasa turbin gas kitaran gabungan (CCGT) di Miri.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, pembangunan itu merupakan usaha memperkukuh bekalan gas bagi memenuhi keperluan tenaga negeri.

PETROS turut merancang menggerudi telaga penerokaan baharu di Kuala Baram yang mempunyai potensi pengeluaran gas, selaras dengan Pelan Hala Tuju Gas Sarawak untuk menyalurkan gas dari pusat pengeluaran di Bintulu ke kawasan lain bagi merangsang pertumbuhan ekonomi.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Istiadat Perbarisan dan Rapat Raksasa sempena Sambutan Ulang Tahun Kelahiran Ke-80 Yang di-Pertua Negeri Sarawak di Padang Merdeka, di sini, hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, PETROS sedang membangunkan saluran paip gas sepanjang 65 kilometer dari Kidurong ke Zon Perindustrian Samalaju, berhampiran Bintulu dan dijangka siap pada penghujung tahun ini.

Projek itu akan membolehkan kawasan perindustrian berkenaan menerima bekalan gas untuk menyokong kegiatan industri, selain memperluas penggunaan sumber tenaga negeri.

Sementara itu, pengeluaran minyak di telaga Adong Kechil West berhampiran Marudi kini mencapai 800 tong sehari, bersamaan kira-kira RM8 juta sebulan atau RM96 juta setahun berdasarkan harga minyak semasa.

Beliau berkata, Sarawak turut memperluas pembangunan industri hiliran minyak dan gas bagi meningkatkan nilai sumber asli serta mengurangkan kebergantungan ekonomi kepada eksport komoditi mentah.

Usaha memperkukuh bekalan gas dan membangunkan infrastruktur berkaitan penting untuk memenuhi keperluan tenaga industri serta menyokong aspirasi Sarawak membangunkan ekonomi baharu menjelang 2030.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU