ARTIKEL

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Dato Sri Julaihi Narawi (tengah) ketika tiba pada persidangan DUN, semalam.

PETROS wujudkan lebih 100,000 peluang pekerjaan berkualiti tinggi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) sebagai agregator gas tunggal akan mempercepatkan pembangunan Hala Tuju Gas Sarawak (SGR), sekali gus bakal mewujudkan lebih 100,000 peluang pekerjaan berkualiti tinggi.

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Datuk Seri Julaihi Narawi berkata, ia juga akan menyumbang kepada peningkatan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Sarawak sebanyak lapan peratus setahun, yang merupakan elemen utama dalam Strategi Pembangunan Pasca-COVID-19 (PCDS) 2030.

“Di samping itu, peranan PETROS sebagai pengagih tunggul juga untuk menjalankan semua aktiviti yang berkaitan dengan perolehan, pembekalan, pengedaran dan penjualan gas asli di negeri ini.

“Syarikat tersebut turut akan bertanggungjawab mengawasi pembangunan, operasi dan penyelenggaraan sistem rangkaian pengedaran gas asli di bawah inisiatif SGR,” katanya.

Beliau berkata demikian menjawab soalan ADUN Katibas Lidam Assan, ADUN Daro Safiee Ahmad, ADUN Tellian Royston Valentine dan ADUN Jepak Iskandar Turkee mengenai kemajuan terkini pelantikan PETROS sebagai agregator gas tunggal di Sarawak pada persidangan DUN, semalam.

Mengulas lanjut ujarnya, manfaat daripada pelantikan PETROS sebagai agregator gas tunggal turut dapat memacu pertumbuhan ekonomi Sarawak serta menyumbang sumber pendapatan baharu.

“Dengan pelantikan tersebut, ia juga membolehkan PETROS memberi keutamaan untuk membangunkan SGR serta membuka peluang mewujudkan peluang pekerjaan berkualiti tinggi

. “Dalam masa yang sama, memperuntukkan gas asli untuk kegunaan domestik dan perkembangan industri hiliran yang menyumbang kepada membangunkan infrastruktur seperti rangkaian pengedaran gas asli termasuk pembangunan Hub Karbon Rendah Kuching,” jelasnya.

BERITA LAIN

Wanita maut dalam kemalangan di Batu Niah

MIRI: Seorang wanita berusia 24 tahun maut selepas kereta dipandunya dipercayai merempuh belakang sebuah lori di Jalan Pan Borneo, berhampiran Simpang WTK, Batu Niah, pagi

BERITA TERBARU

Wanita maut dalam kemalangan di Batu Niah

MIRI: Seorang wanita berusia 24 tahun maut selepas kereta dipandunya dipercayai merempuh belakang sebuah lori di Jalan Pan Borneo, berhampiran Simpang WTK, Batu Niah, pagi