BALAI KARANGAN: Proses Pemilihan Umum (Pemilu) dan Pemilihan Presiden (Pilpres) Indonesia disifatkan unik bagi wartawan Suara Sarawak yang membuat liputan di Balai Karangan, Sekayam, Kalimantan Barat hari ini.
Ini merupakan kali kedua bagi wartawan membuat liputan pesta demokrasi itu yang kali pertamanya di Konsulat Jeneral Republik Indonesia di Kuching pada tahun 2019.

Tinjauan bersama jurufoto di sini mendapati pusat membuang undi yang dikenali sebagai Tempat Pemungutan Suara (TPS) menggunakan warung kopi, kedai gunting rambut, rumah kedai, pondok malah rumah kediaman bagi pemilih membuang undi.
Lebih menarik perhatian, terdapat petugas pilihan raya di TPS menggunakan busana tradisional kaum masing-masing untuk menarik minat pengundi turun mengundi.

Ketua Kelompok Penyelenggara Pemungutan Suara (KPPS) TPS 02 Balai Karangan, Purwanto Paino antara petugas yang ditemui mengenakan busana tradisional kaum Jawa dari Jogjakarta.
Menurutnya, kesemua petugas di PTS tersebut bersepakat untuk memakai pakaian tradisional masing-masing bagi.

Katanya, tujuan beliau bersama petugas yang lain terdiri daripada pelbagai kaum seperti Jawa, Melayu dan Dayak memakai pakaian tradisional tersebut bertujuan untuk memperkenalkan budaya masing-masing.
Kecamatan Sekayam mempunyai kira-kira 40,000 orang penduduk dan lebih 29,000 pemilih layak untuk mengundi.
Ia antara 20,000 jawatan pentadbiran di seluruh negara dengan kira-kira 205 juta pemilih berdaftar layak mengundi.





