ARTIKEL

Kredit: Pasukan Gerakan Am (PGA)

PGA bongkar sindiket guna khidmat kurier edar rokok seludup

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Pasukan Gerakan Am (PGA) membongkar kegiatan sindiket yang menggunakan perkhidmatan kurier untuk mengedar rokok seludup selepas merampas 805 karton rokok pelbagai jenama bernilai RM304,893.50 di Jenjarom, Selangor, Jumaat lepas.

Pegawai Pemerintah Batalion 4 PGA Supt Amanjit Singh berkata serbuan Ops Taring Alpha 1 pada 6.30 petang itu dilakukan Cawangan Risik Batalion 4 PGA Semenyih bersama Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Kuala Langat di sebuah rumah pekerja dalam kawasan bengkel lori di Kampung Sungai Rambai.

Seorang lelaki tempatan yang dipercayai berperanan sebagai penjaga premis dan pengurus tempahan ditahan dalam serbuan itu, manakala siasatan mendapati sindiket berkenaan aktif sejak empat bulan lalu dengan menyewa rumah tersebut sebagai stor simpanan.

Sindiket berkenaan dipercayai memulakan penghantaran rokok kepada pelanggan, termasuk peniaga kedai runcit milik warga asing di sekitar Jenjarom, bermula 8 pagi dengan menggunakan syarikat kurier luar bagi mengelakkan kegiatan itu dikesan.

Selain 805 karton rokok tidak bercukai kastam, polis turut merampas sebuah telefon bimbit dan membawa suspek bersama barangan rampasan ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat untuk siasatan mengikut Akta Kastam 1967, manakala semakan rekod mendapati rangkaian sama pernah ditumpaskan Batalion 4 PGA di Bukit Raja pada Mac lepas seperti dilapor Bernama.

BERITA LAIN

Cubaan seludup rokok di Serikin gagal

KUCHING: Cubaan menyeludup rokok ke Indonesia melalui laluan haram di Serikin berjaya digagalkan Tentera Darat Malaysia (TDM) dengan nilai keseluruhan rampasan mencecah RM194,850, awal pagi

BERITA TERBARU