ARTIKEL

PGA gagalkan aktiviti penyelewengan minyak diesel di Bintangor

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTANGOR: Pasukan Gerakan Am (PGA) cawangan Sibu mematahkan aktiviti penyelewengan minyak diesel bersubsidi melalui satu serbuan ke atas sebuah rumah di sini, semalam.

Ketua Cawangan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup ( KPDN) cawangan Sarikei, Mohamad Zawawi berkata,  serbuan Ops Tiris itu dilakukan ke atas sebuah rumah tanpa nombor  yang disyaki dijadikan stor tempat penyimpanan dan pemindahan minyak diesel bersubsidi.

“Kita menerima kes ini daripada PGA Sibu, membabitkan penyelewengan minyak diesel bersubsidi anggaran 7,250 liter. 

“Turut dirampas sebuah lori, 11 unit tangki IBC dan pam elektrik dengan jumlah keseluruhan nilai rampasan dianggarkan bernilai RM26,337.50, ” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961, iaitu memiliki barangan kawalan dalam keadaan yang menimbulkan syak munasabah untuk melakukan kesalahan. 

Jika sabit kesalahan katanya, boleh didenda tidak melebihi RM2 juta bagi kesalahan pertama dan denda tidak melebihi RM5 juta bagi kesalahan kedua untuk sesuatu pertubuhan perbadanan.

Manakala bagi orang perseorangan pula katanya,  denda tidak melebihi RM1 juta bagi kesalahan pertama atau penjara tidak melebihi tempoh selama tiga tahun atau kedua-duanya dan denda tidak melebihi RM3 juta bagi kesalahan kedua atau penjara tidak melebihi tempoh selama lima tahun atau kedua-duanya.

Sehubungan itu beliau menggesa masyarakat agar menjadi mata dan telinga bagi membantu kementerian dengan menghulurkan maklumat sebarang aktiviti penyelewengan barang kawalan dan bersubsidi bagi memastikan aktiviti haram ini dapat dibanteras sehingga ke akar umbi.

Aktiviti itu katanya, menyebabkan kerugian besar kepada rakyat dan negara. 

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat aktiviti penyelewengan barang kawalan dan bersubsidi boleh menyalurkan aduan yang lengkap kepada pihak Kementerian melalui saluran berikut:

i. WhatsApp 019-848 8000 / 019-279 4317

ii. Portal Aduan; eaduan.kpdn.gov.myiii. Call Centre 1-800-886-80, daniv. Aplikasi Telefon Pintar Ez ADU KPDN,” jelasnya.

BERITA LAIN

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

Polis tahan empat suspek kes khianat simbah cat

MIRI: Gara-gara tuntutan hutang pinjaman wang dalam talian yang dipercayai dibuat oleh anak lelakinya, seorang bapa berusia 54 tahun menerima ugutan sebelum kediamannya di sebuah

BERITA TERBARU

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

Polis tahan empat suspek kes khianat simbah cat

MIRI: Gara-gara tuntutan hutang pinjaman wang dalam talian yang dipercayai dibuat oleh anak lelakinya, seorang bapa berusia 54 tahun menerima ugutan sebelum kediamannya di sebuah