ARTIKEL

PGA rampas 13,717 karton rokok seludup

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sebanyak 13,717 karton rokok seludup dirampas dalam serbuan yang dijalankan oleh Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Sarawak ke atas sebuah rumah di No.170A, Lorong Setia Raja 4A6, Tabuan Laru di sini kira-kira jam 9.30 pagi hari ini.

Komander PGA Briged Sarawak SAC Mancha Ata berkata kesemua 9,500 karton rokok putih dan 4,217 karton rokok kretek berkenaan dianggarkan bernilai lebih RM2 juta (termasuk cukai).

“Kesemua rokok belum lulus cukai Kastam tersebut dijumpai disembunyikan di dalam rumah serta dalam sebuah van yang diletakkan di hadapan rumah berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata pasukan serbuan dari Cawangan Risik Ibu Pejabat PGA Briged Sarawak turut menahan seorang lelaki tempatan yang merupakan penjaga stor di rumah berkenaan.

Katanya suspek dan rampasan telah diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching untuk tindakan dan siasatan lanjut.

Menurut Mancha, sepanjang pengoperasian yang dilaksanakan sejak awal tahun sehingga hari ini, PGA Briged Sarawak telah mencatatkan kejayaan keseluruhan bernilai lebih RM33 juta dengan merekodkan sebanyak 147 kes yang melibatkan jumlah tangkapan seramai 407 orang (180 orang warga tempatan dan 227 orang pendatang tanpa izin).

Mancha (tengah) bersama pegawai kanan PGA Briged Sarawak menunjukkan pelbagai jenis rokok yang dirampas.

Pelbagai jenis rokok yang dirampas dalam serbuan PGA Briged Sarawak ke atas sebuah rumah di No.170A, Lorong Setia Raja 4A6, Tabuan Laru di sini kira-kira jam 9.30 pagi hari ini.

BERITA LAIN

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

Polis tahan empat suspek kes khianat simbah cat

MIRI: Gara-gara tuntutan hutang pinjaman wang dalam talian yang dipercayai dibuat oleh anak lelakinya, seorang bapa berusia 54 tahun menerima ugutan sebelum kediamannya di sebuah

BERITA TERBARU