ARTIKEL

PGA tahan 34 individu terlibat dalam sindiket penyeludupan Pix - Antara barangan yang dirampas oleh Briged Sarawak PGA menerusi beberapa siri serbuan dan pemeriksaan yang dijalankan di beberapa daerah di Sarawak.

PGA tahan 34 individu terlibat dalam sindiket penyeludupan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Briged Sarawak Pasukan Gerakan Am (PGA) menahan seramai 34 individu, terdiri daripada 24 warga tempatan dan 10 warga asing yang disyaki terlibat dalam sindiket penyeludupan di beberapa daerah di Sarawak.

Komander Briged Sarawak PGA, SAC Lim Bak Phai berkata kesemua individu terbabit ditahan hasil daripada 20 siri kejayaan yang direkodkan melalui pelaksanaan Op Taring Alpha, Op Taring Bravo, Op Taring Chiller, Op Taring Batas/Awas dan Op Taring Libas dalam tempoh 1 hingga 15 Mac lalu, dengan nilai rampasan keseluruhan RM28.60 juta.

“Operasi tersebut turut berjaya merampas pelbagai barangan termasuk minuman keras, rokok, produk makanan, produk sejuk beku, bahan api dan balak, selain beberapa 

kenderaan serta peralatan yang dipercayai digunakan dalam aktiviti berkenaan,” katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, sepanjang pelaksanaan Op Taring oleh Briged Sarawak PGA bermula 1 Januari hingga 15 Mac 2026 telah merekodkan 145 kes dengan nilai rampasan keseluruhan RM105.38 juta, melibatkan tangkapan seramai 134 individu terdiri daripada 98 warga tempatan dan 36 warga asing.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU