ARTIKEL

PH letak calon di semua kerusi PRN-12

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Pakatan Harapan (PH) Sarawak yang terdiri daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Amanah Negara (AMANAH) mengesahkan akan bertanding di semua 82 kerusi pada Pilihan Raya Negeri ke-12 (PRN-12).

Pengerusi PH Sarawak Chong Chieng Jen berkata, bagaimanapun pihaknya akan bertanding menggunakan logo parti masing-masing pada pilihan raya itu nanti.

“Setiap parti akan menentukan calon parti masing-masing, kita serahkan untuk mereka menentukannya termasuk penggunaan simbol parti,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat PH Sarawak, di sini hari ini.

Mengenai agihan kerusi, Chong yang juga Pengerusi DAP Sarawak berkata seperti yang diumumkan sebelum ini bahawa PKR akan bertanding di 47 kerusi.

Terdahulu pada Januari lalu, PH Sarawak mengumumkan PKR akan bertanding di 47 kerusi, DAP bertanding 26 kerusi dan AMANAH bertanding sembilan kerusi.

Kerusi yang akan ditandingi PKR ialah Opar, Tanjung Datu, Pantai Damai, Tupong, Satok, Batu Lintang, Asajaya, Serembu, Tarat, Tebedu, Sadong Jaya, Simunjan, Lingga, Beting Maro, Balai Ringin, Bukit Begunan, Engkilili dan Batang Ai.

PKR Sarawak juga bertanding di kerusi Saribas, Layar, Bukit Saban, Kalaka, Krian, Daro, Pakan, Meluan, Ngemah, Machan, Nangka, Dalat, Tellian, Balingian, Tamin, Kakus, Katibas, Belaga, Murum, Jepak, Bekenu, Lambir, Marudi, Telang Usan, Mulu, Bukit Kota, Batu Danau, Ba’ Kelalan dan Bukit Sari.

Manakala DAP bertanding di 26 kerusi iaitu Tasik Biru, Padungan, Pending, Kota Sentosa, Batu Kitang, Batu Kawah, Stakan, Mambong, Kedup, Bukit Semuja, Simanggang, Repok, Meradong, Bukit Assek, Dudong, Bawang Assan, Pelawan, Pelagus, Bukit Goram, Baleh, Tanjong Batu, Kemena, Samalaju, Piasau, Pujut dan Senadin.

Baki sembilan kerusi iaitu Demak Laut, Samariang, Muara Tuang, Gedong, Sebuyau, Kabong, Kuala Rajang, Semop dan Jemoreng akan ditandingi AMANAH.

BERITA LAIN

Anyi cadang pewarisan senapang patah diperluas

KUCHING: Kelonggaran pewarisan senapang patah kepada adik-beradik kandung dicadangkan bagi menangani isu harta pusaka masyarakat Dayak, khususnya apabila pemilik meninggal dunia tanpa meninggalkan anak atau

Penduduk belanja RM3,500 sebulan bantu pelajar

KUCHING: Penduduk setempat membelanjakan kira-kira RM3,500 sebulan sejak tiga tahun lalu bagi menampung keperluan lebih 20 pelajar luar kawasan yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan (SK)

BERITA TERBARU