ARTIKEL

INGAT...Joseph Kalang Tie (kiri) memberitahu sesuatu kepada pemainnya sebelum bermula latihan.

Piala Belia 2026: Kuching Juniors Idam Tiga Mata

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Tiga mata menjadi buruan skuad Piala Belia Kuching City FC tatkala turun berdepan Penang FC di Stadium Negeri, Petra Jaya petang esok (Sabtu).

Meskipun, agak terlalu awal mencongak sasaran tersebut dalam keadaan tidak mengetahui keupayaan pasukan pelawat, namun kelebihan beraksi di laman sendiri harus dimanfaatkan dengan sebaiknya.

Ketua jurulatih, Joseph Kalang Tie memberitahu, mereka mahukan keputusan positif untuk perlawanan pertama petang esok.

Menurut Joseph, kelebihan beraksi di tempat sendiri harus dimanfaatkan dengan sebaiknya.

“Kita cuba untuk mendapatkan tiga mata mutlak,” ujar Joseph kepada Arena Suara Sarawak.

Beliau percaya tidak tersedia jalan mudah untuk barisan kesebelasan utama dipertaruhkan bagi perlawanan petang esok.

“Pasukan pelawat juga siap sedia untuk mengharungi perlawanan esok.

” Saya ingatkan kepada pemain untuk kekal fokus, elak melakukan kesilapan mudah dan yang paling penting harus bijak memanfaat peluang terhidang,” tambahnya.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU