ARTIKEL

TIMBALAN PENGERUSI...Abdul Razak Salleh.

Piala Cabaran Merdeka Gedong: Tujuh perlawanan berlangsung

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Saingan Kejohanan Bola Sepak Veteran Piala Cabaran Merdeka Gedong 2024 diteruskan lagi.

Timbalan Pengerusi Kejohanan, Kaunselor Abdul Razak Salleh memberitahu, tiga perlawanan berlangsung esok (10 Ogos) melibatkan Sejijak FC menentang VKBA FC (2 petang), Armada menentang Balai Ringin Vet (3 petang) dan KBDI Vet menentanh Boiler FC (4 petang).

Sementara itu, empat lagi perlawanan berlangsung pada Ahad (11 Ogos) menyaksikan PSV menentang KC FC VTREN (10 pagi), Abok FC menentang Tumela FC (11 pagi).

Dua lagi perlawanan berlangsung sebelah petang iaitu Legend FC menentang Kaslap (3 petang) dan PSKPP menentang VETGRES FC (4 petang).

Sejumlah 32 pasukan bersaing dalam kejohanan kali ini.

Pasukan yang berjaya muncul juara menerima wang tunai RM3,500 berserta piala dan pingat.

Naib juara pula menerima wang tunai RM2,000 termasuk piala dan pingat.

“Dua pasukan yang tewas di peringkat separuh akhir masing-masing menerima wang tunai RM1,000 termasuk piala dan pingat selaku pemenang tempat ketiga bersama,” tegas Abdul Razak.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU