KUCHING: KetuaJurulatih Kuching City FC (KC FC), Irfan Bakti Abu Salim kecewa dengan kegagalan anak-anak buahnya meraih sebarang mata ketika pertemuan kedua menentang Selangor FC di Stadium Tan Sri Dato’ Hassan Yunos, Larkin malam tadi.
Dengan menuding kealpaan dilakukan pemain pertahanan diakhir saingan punca kekalahan tipis (2-1) pasukannya itu.
“Kealpaan pemain diakhir saingan mengundang padah buat kita yang turut menyaksikan pemain gantian Selangor FC, Nik Muhammad Sharif Maseefy Mohd. Lazim berjaya menjaringkan gol kemenangan minit ke-90 (+4),” ujar Irfan pada sidang media selesai perlawanan tersebut.
Sekali gus, meranapkan impian KC FC untuk beroleh mata.
Menurut Irfan, boleh diibarat satu keputusan yang cukup bagi bagi pemain seandainya dapat mempertahankan kedudukan (1-1) hingga ke akhir perlawanan.
Apa pun tegas Irfan, itulah perbezaan ketara bagi pemainnya berbanding Selangor FC yang dibarisi ramai bintang berpengalaman.
Selangor FC terdahulu membuka tirai jaringan menerusi Ahmad Danial Ahmad Asri minit ke-18.
Sebelum Michael Chukwubunna Ijezie berjaya menyamakan kedudukan menerusi gol dijaringkan pada minit ke-67.
The City Boys akan menentang Perak FC di Stadium Perak, Ipoh pada 7 November ini.