ARTIKEL

Abdullah Julaihi (tengah) menyepak bola untuk merasmikan pertandingan.

Piala Perpaduan 2024: Bermula misi pemburuan juara 50 pasukan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

ASAJAYA: Kejohanan Bola Sepak Piala Perpaduan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.15 Asajaya, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah Edisi Ke-56 2024 disingkap tirainya semalam untuk memulakan misi pemburuan juara buat 50 pasukan yang terlibat pada saingan kali ini.

Himpunan pasukan yang bertanding mewakili kampung-kampung dan kelab handalan sekitar Kota Samarahan, Kuching dan kawasan berdekatan.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Penaung Kelab Bola Sepak Sambir Bistari (KBSB), Datuk Abdullah Julaihi, yang turut dihadiri Pengarah Urusan Lea Holdings (M) Sdn Bhd, Raymond Sim Hee Peng, ketua-ketua jabatan kerajaan dan ketua masyarakat.

Kejohanan tertua di Bumi Kenyalang itu dianjur oleh KBSB dengan kerjasama Lea Sports Centre (LSC) selaku penaja.

Hadiah menarik menanti tiga pasukan terbaik.

Juara akan menerima wang tunai RM5,000, piala pusingan, piala iringan, pingat, satu set jersi dan baucar barangan sukan Adidas tajaan LSC berjumlah RM1,000.

Naib juara pula akan menerima wang tunai RM3,000, piala, pingat, satu set jersi dan baucar barangan sukan jenama Adidas tajaan LSC berjumlah RM600.

Dua pasukan yang tewas pada peringkat separuh akhir masing-masing akan menerima wang tunai RM1,500, piala, pingat dan baucar barangan sukan Adidas tajaan LSC berjumlah RM300.

Tidak hanya itu, turut ditawarkan adalah hadiah berupa piala dan baucar barangan sukan Adidas tajaan LSC berjumlah RM100 buat penjaring terbanyak dan pemain terbaik perlawanan akhir.

Abdullah Julaihi (tengah) dan tetamu lain bergambarbersama pemain kedua-dua pasukan.

BERITA LAIN

Hari Wesak disambut meriah seluruh negara

KUALA LUMPUR: Hari Wesak disambut meriah di seluruh negara dengan ribuan penganut Buddha memenuhi tokong di negeri masing-masing sejak awal pagi ini. Di Kuala Lumpur,

BERITA TERBARU