ARTIKEL

JUARA BERTAHAN… Pasukan KBSB 1.

PIALA PERPADUAN SAMBIR: Penentu nasib lapan pasukan esok

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

ASAJAYA: Peringkat suku akhir Kejohanan Bola Sepak Piala Perpaduan ADUN N.15 Asajaya, Datuk Sri Haji Abdul Karim Rahman Hamzah Edisi Ke-58 2026 berlangsung esok (Jumaat).

Sekali gus bakal menyaksikan pertembungan penuh dramatik pasukan handalan yang berjaya menempatkan diri dalam kelompok lapan terbaik.

Apa pun, tumpuan pasti terarah kepada dua finalis tahun lepas, KBSB 1 dan Tarang FC yang turut berjaya melayakkan diri ke suku akhir.

Pengerusi Kejohanan, Penghulu Jalek Jaafar, memberitahu empat perlawanan peringkat suku akhir berlangsung esok.

Dua daripadanya akan berlangsung sebelah pagi iaitu Tambirat Legasi menentang KBSB 1 (8.00 pagi), selain Kuak FC yang akan menentang Tarang FC (9.15 pagi).

PENDATANG BAHARU… Kuak FC

Sementara itu, dua lagi perlawanan akan berlangsung sebelah petang, iaitu Sabsar menentang Latif FC (1.45 petang) dan Camutez menentang Tabuan FT (3.00 petang).

Perlawanan pusingan ketiga berakhir sebentar tadi, sekali gus menyaksikan kemaraan enam pasukan terbabit ke suku akhir selepas mengatasi lawan masing-masing.

Sabsar mengatasi Tambirat Legasi JR (4-1) menerusi penentuan sepakan penalti selepas terikat tanpa jaringan untuk masa penuh perlawanan.

Latif FC mengatasi Kabitra FC (2-1), manakala Camutez menyingkirkan Kampina FC (5-4) juga menerusi penentuan sepakan penalti selepas kedua-duanya terikat tanpa jaringan.

Sementara itu, kemenangan tipis (2-1) diperoleh Kuak FC ke atas Kaslo FC, manakala kemenangan (2-0) diperoleh Tarang FC ke atas Tabau FC.

“Kita menjangkakan berlaku pertembungan sengit membabitkan kesemua lapan pasukan terbabit.

“Ini kerana pasukan sedia ada dibarisi ramai pemain berpengalaman luas di pentas bola sepak domestik dan kebangsaan,” jelas Jalek kepada Arena Suara Sarawak.

Beliau turut menyeru warga yang berdekatan untuk sama-sama hadir memenuhi segenap ruang di padang bola sepak Kampung Sambir, Asajaya esok bagi menyaksikan kesemua perlawanan tersebut.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU