ARTIKEL

PENGERUSI... Sophiee Shariee.

Piala Premier 2026: Aksi final 21 November, gelanggang belum pasti

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Teka-teki berhubung penentu tarikh aksi final Piala Premier Sarawak 2026 akhirnya terjawab.

Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan, Sophie Shariee memberitahu, pihaknya menetapkan aksi final membabitkan dua jagoan terbilang dari Zon Selatan iaitu Kuching dan Samarahan itu akan berlangsung pada 21 November ini.

Bagaimanapun tegas Sophie, lokasi untuk perlawanan akhir pada tarikh tersebut masih belum dipastikan.

Ini kerana, pihaknya kini dalam proses mencari lokasi lain sebagai pilihan kedua ekoran Stadium Taha Ariffin, Petra Jaya yang dicadang awal tidak dapat digunakan kerana pertembungan masalah yang tidak dapat dielakkan.

“Memang cadangan awal kita untuk mengadakan perlawanan akhir antara Kuching dengan Samarahan di Stadium Taha Ariffin, Petra Jaya.

“Difahamkan gelanggang terbabit akan digunakan untuk aksi final satu lagi kejohanan (Piala Emas Yayasan Sarawak). Jadi, kita terpaksa mencari gelanggang kedua,” ujar Sophie kepada Arena Suara Sarawak sebentar tadi.

Apa-apa pun, pihaknya akan memaklumkan perkara itu kepada kedua-dua pasukan dalam masa terdekat.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU