ARTIKEL

SIAP SEDIA... Ashri Chuchu (tengah) pulih sepenuhnya daripada kecederaan.

Piala Premier Sarawak 2026: Pemain Samarahan sedia sepenuhnya

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOTA SAMARAHAN: Ketua jurulatih Samarahan, Ideris Untong memberitahu, kem kendaliannya berada pada landasan cukup bersedia untuk turun mengharungi aksi final berdepan Kuching kempen Piala Premier Sarawak 2026 di Stadium Taha Ariffin Ahad ini (29 November) ini.

Turun dengan satu misi, mahu memahat kemenangan untuk menjulang mahkota juara edisi kedua kejohanan berprestij itu.

Ia sekali gus menghapus kekecewaan selepas sekadar bergelar naib juara pada musim lepas.

“Kami sudah bersedia sepenuhnya untuk mengharungi aksi final hujung minggu ini (Ahad).

“Pemain jelas tidak sabar untuk beraksi perlawanan tersebut,” ujar Ideris kepada Arena Suara Sarawak.

Beliau memberi bayangan akan menurunkan kesebelasan terbaik, mengambil kira kredit dengan kesemua pemainnya bebas dibelenggu kecederaan dan penggantungan.

Anak jati kelahiran Kampung Sebandi Matang, Asajaya itu tidak rela peluang anak-anak buahnya untuk mencetak gelaran juara musim ini kembali tertangguh.

“Musim lepas kita kempunan untuk menjulang piala berprestij itu, jadi kita tidak mahu musibah sama berulang kembali,” tambah Ideris.

Beliau menyatakan, tiada strategi khas diguna pakai kepada pemain untuk aksi final nanti.

Sebaliknya, mereka akan bermain seperti biasa dengan formasi yang sering diguna pakai pada setiap perlawanan sebelum ini.

Dalam pada itu, Ideris menegaskan ketua pasukan Ashri Chuchu kini cergas sepenuhnya dari kecederaan.

“Tempoh rehat beberapa minggu selepas aksi separuh akhir memberi peluang kepada pemain yang dibelenggu kecederaan pulih sepenuhnya, termasuk Ashri Chuchu,” katanya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Mekanik tendang kereta hingga kemek, didenda RM1,000

KUCHING: Seorang lelaki tempatan dijatuhi hukuman denda RM1,000 atau penjara sebulan oleh Mahkamah Majistret hari ini kerana menendang sebuah kereta jenis Mitsubishi hingga kemek. Thian,