ARTIKEL

B-Seng FT muncul juara Piala Datuk Murshid Diraja Datuk Dr Juanda Jaya 2026.

B-Seng FT juara Piala Murshid Diraja 2026 selepas tewaskan BBFT 2-1

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Dua jaringan pada separuh masa pertama memastikan B-Seng FT dinobatkan juara Piala Datuk Murshid Diraja Datuk Dr Juanda Jaya 2026 selepas menewaskan BBFT 2-1 dalam aksi final yang sengit di Padang Majlis Daerah Matu dan Daro (MDMD), Matu, Ahad lalu.

Pengerusi Penganjur, Shairulnizam Wailie berkata, kejohanan yang berlangsung pada 21 hingga 22 November itu menghimpunkan 128 pemain daripada lapan pasukan, sekali gus menjadi platform mencungkil bakat bola sepak tempatan.

NAIB JUARA… BBFT.

“Kejohanan ini membuka ruang dan peluang kepada bakat tempatan untuk menunjukkan kemahiran, semangat juang dan minat yang tinggi terhadap sukan bola sepak.

“Objektif utama kita adalah untuk mencungkil bakat muda yang mewakili pasukan kampung masing-masing, selain membantu pengurus pasukan mengenal pasti pemain remaja berpotensi untuk diketengahkan ke peringkat lebih tinggi,” katanya kepada Suara Sarawak, hari ini.

KETIGA… Loba Baluk FC.

Menurut Shairulnizam, kejohanan yang dianjurkan Kelab Sekaan FT dengan kerjasama Seven Squad FC itu turut mendapat sambutan hangat daripada peminat bola sepak di sekitar Matu, Daro dan Pulau Bruit.

“Selain mencungkil bakat, pertandingan ini menjadi wadah mengeratkan semangat setiakawan, memupuk disiplin dan membentuk sikap pemain supaya lebih matang ketika bersukan,” jelasnya.

GIMIK… Perasmian kejohanan oleh Murshid Diraja.

Shairulnizam berharap kejohanan itu terus mendapat sokongan masyarakat dan pemimpin setempat bagi memperkukuh pembangunan bola sepak akar umbi, selain membuka lebih banyak peluang kepada pemain muda untuk membina kerjaya dalam sukan berkenaan.

Pada aksi final, B-Seng FT mendahului 2-0 pada separuh masa pertama menerusi jaringan Mohamad Anif Mohamad Sahril dan Muhammad Azwa Wahab yang memberikan kelebihan selesa kepada pasukan itu.

GIMIK.. Menandatangani bola oleh Murshid Diraja (tengah) diiringi Shairulnizam (kanan) dan Timbalan Pengerusi Kelab Sekaan FT, Abang Nazaidin Brakok (kiri).

Bagaimanapun, BBFT bangkit memberikan tentangan sengit pada separuh masa kedua apabila Azman Mohammad menyempurnakan sepakan penalti selepas berlaku kekasaran dalam kotak penalti B-Seng FT.

Jaringan tersebut menyemarakkan semangat BBFT untuk melancarkan serangan bertali arus bagi memburu gol penyamaan, namun kekentalan benteng pertahanan serta ketangkasan penjaga gol B-Seng FT memastikan keputusan 2-1 kekal sehingga wisel penamat.

Kejayaan itu membolehkan B-Seng FT membawa pulang hadiah wang tunai RM2,500 berserta piala dan pingat, manakala BBFT menerima RM2,000 selaku naib juara dan Loba Baluk FC meraih RM1,500 selepas menduduki tempat ketiga.

B-Seng FT turut mendominasi anugerah individu apabila Mohd Reduan Yuni dinobatkan Pemain Terbaik, manakala Abdul Iman Sulaiman menerima anugerah Penjaga Gol Terbaik selepas mencatat tiga perlawanan tanpa bolos.

Anugerah Penjaring Terbanyak pula menjadi milik Faiq Abdul Rahim daripada SHC dengan lapan gol, sementara Loba Baluk FC menerima Anugerah Pasukan Terbaik dari segi semangat kesukanan, dengan setiap penerima membawa pulang RM300 berserta piala iringan.

Penganjuran itu sebahagian daripada Karnival Sukaneka Daerah Matu 2026 yang turut menampilkan acara futsal, memanah, petanque, sepak takraw, sukaneka dan pertandingan masakan tradisional, sekali gus membantu merancakkan kegiatan perniagaan setempat.

Kejohanan berkenaan dirasmikan Timbalan Menteri di Jabatan Premier (Integriti dan Ombudsman), Datuk Murshid Diraja Datuk Dr Juanda Jaya pada 21 November lalu, manakala hadiah disampaikan Pegawai Khas beliau, Aini Latif.

BERITA LAIN

BOJAN SAH KEMUDI HARIMAU MALAYA

KUCHING: Bekas pengendali Persib Bandung, Bojan Hodak dilantik sebagai ketua jurulatih baharu Harimau Malaya, manakala Tan Cheng Hoe diberikan tanggungjawab sebagai Pengarah Pasukan Kebangsaan. Persatuan

BERITA TERBARU

7,500 anggota polis ditugaskan bagi PRU Sarawak ke-13

KUCHING: Tanpa sebarang kawasan panas dikenal pasti setakat ini, Polis Sarawak tetap memperkukuh kesiapsiagaan keselamatan dengan merancang menugaskan 7,500 pegawai dan anggota bagi menghadapi PRU