ARTIKEL

Pegawai Pusat Khidmat DUN Meluan, Faridzul Abdullah dan Lucia, menyampaikan sumbangan kepada keluarga mendiang Rayang Demang di Rumah Moses Pulau, Julau.

Rolland hulur sumbangan kepada keluarga mendiang Rayang Demang

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

JULAU: Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Meluan, Dato Rolland Duat Jubin, menghulurkan sumbangan kepada keluarga mendiang Rayang Demang bagi meringankan beban mereka susulan kematian ahli keluarga.

Sumbangan itu disampaikan oleh pegawai Pusat Khidmat DUN Meluan, Lucia dan Faridzul Abdullah, kepada keluarga mendiang di Rumah Moses Pulau, di sini, semalam.

Rolland berkata, bantuan berkenaan diharap dapat membantu keluarga mendiang memenuhi keperluan sepanjang tempoh berkabung.

Menurutnya, perhatian dan sokongan kepada keluarga yang berdepan kehilangan amat penting bagi membantu mereka melalui tempoh sukar itu.

“Semoga keluarga mendiang diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi kehilangan ini,” katanya.

Dalam perkembangan yang sama, Pemuda Parti Demokratik Progresif (PDP) turut menyampaikan bantuan berbentuk makanan kepada keluarga mendiang.

Bantuan berkenaan diharap dapat membantu mengurangkan sedikit beban keluarga, terutama dalam menguruskan keperluan harian sepanjang tempoh berkabung.

Rolland turut merakamkan harapan agar sokongan yang disalurkan dapat memberi sedikit kelegaan kepada keluarga mendiang.

“Semoga bantuan ini sedikit sebanyak dapat membantu urusan keluarga sepanjang menghadapi tempoh sukar,” katanya.

BERITA LAIN

7,500 anggota polis ditugaskan bagi PRU Sarawak ke-13

KUCHING: Tanpa sebarang kawasan panas dikenal pasti setakat ini, Polis Sarawak tetap memperkukuh kesiapsiagaan keselamatan dengan merancang menugaskan 7,500 pegawai dan anggota bagi menghadapi PRU

BERITA TERBARU

7,500 anggota polis ditugaskan bagi PRU Sarawak ke-13

KUCHING: Tanpa sebarang kawasan panas dikenal pasti setakat ini, Polis Sarawak tetap memperkukuh kesiapsiagaan keselamatan dengan merancang menugaskan 7,500 pegawai dan anggota bagi menghadapi PRU