ARTIKEL

SIJIL… Pesuruhjaya Polis Sarawak, CP Saifullizan Ishak menyampaikan sijil kepada seorang penerima pada Perhimpunan Bulanan Pesuruhjaya Polis Sarawak bagi November 2026 di Padang Kawad Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak, hari ini.

Semua balai polis Sarawak wajib terima laporan tanpa mengira lokasi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Semua balai polis di Sarawak diarahkan menerima laporan orang ramai tanpa mengira lokasi kejadian supaya urusan pentadbiran dalaman pasukan tidak menyukarkan masyarakat memperoleh perkhidmatan polis.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, CP Saifullizan Ishak menegaskan bahawa pengadu tidak seharusnya diminta membuat laporan di balai polis lain semata-mata kerana kejadian berlaku di luar kawasan pentadbiran balai berkenaan.

Menurutnya, setiap laporan perlu diterima terlebih dahulu, diklasifikasikan mengikut kesesuaian dan disalurkan kepada jabatan atau daerah yang bertanggungjawab untuk tindakan lanjut.

“Jangan menolak laporan atau mengarahkan pengadu pergi ke balai polis lain semata-mata atas alasan kejadian berlaku di luar kawasan pentadbiran kita,” tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan amanat pada Perhimpunan Bulanan Pesuruhjaya Polis Sarawak bagi November 2026 di Padang Kawad Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak, di sini, hari ini.

Saifullizan berkata, peningkatan mutu perkhidmatan di kaunter polis menjadi antara keutamaan kepimpinannya kerana layanan terhadap pengadu turut menentukan tahap keyakinan masyarakat terhadap Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Sehubungan itu, beliau mahu setiap pengadu diberikan penerangan jelas mengenai tindakan susulan serta pegawai yang bertanggungjawab mengendalikan kes, selain memastikan persekitaran kaunter sentiasa bersih, selesa dan mesra pelanggan.

Dalam pada itu, beliau turut menekankan keperluan memperkukuh pemantauan pengendalian kertas siasatan, khususnya kes tertunggak atau siasatan yang tidak menunjukkan perkembangan.

Menurutnya, pegawai penyelia perlu memainkan peranan lebih proaktif dalam memastikan setiap siasatan dikendalikan dengan cekap, manakala pengadu diberikan maklumat perkembangan kes yang sewajarnya, tertakluk kepada peruntukan undang-undang dan kerahsiaan siasatan.

BERITA LAIN

Jenayah komersial Sarawak cecah RM118.685 juta

KUCHING: Jenayah komersial di Sarawak mengakibatkan kerugian mencecah RM118.685 juta sepanjang 10 bulan pertama tahun ini, manakala jumlah kes meningkat 14.15 peratus berbanding tempoh sama

BERITA TERBARU

Jenayah komersial Sarawak cecah RM118.685 juta

KUCHING: Jenayah komersial di Sarawak mengakibatkan kerugian mencecah RM118.685 juta sepanjang 10 bulan pertama tahun ini, manakala jumlah kes meningkat 14.15 peratus berbanding tempoh sama