BINTULU: Saingan peringkat separuh akhir Kejohanan Bola Sepak Piala Presiden BIFA Edisi Ke-2 2025 akan berlangsung pada Sabtu dan Ahad ini.
Ia sekali gus menjadi penentu nasib empat pasukan untuk mara ke pentas akhir yang dijadualkan berlangsung pada 12 Julai nanti.
Empat pasukan yang akan berentap ke pentas separuh akhir ialah MT Twelve FC, Ensumbar FC, WFL United dan Project Park.
Presiden BIFA, Haji Sophie Shariee berkata, aksi separuh akhir pertama akan menyaksikan pasukan MT Twelve FC menentang Ensumbar FC esok (Sabtu) di Stadium Bintulu.
Sementara itu, WFL United akan menentang Project Park FC pada hari Ahad di Stadium Bintulu.
“Kesemua perlawanan akan bermula pada pukul 3.00 petang,” ujar Sophie.



