ARTIKEL

PIALA PRESIDEN BIFA 2026: Mohd Hazazi ungguli carta dengan tujuh gol

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Bintang sensasi pasukan PPFC, Mohd Hazazi Harsi masih kekal unggul selaku penjaring terbanyak dalam kempen Piala Presiden BIFA Edisi Ke-3 2026.

Dengan mengumpul tujuh gol selepas saingan minggu ketiga kejohanan berprestij itu.

Setiausaha Kehormat BIFA, Musabaqah Meliki berkata, pemain sensasi terbabit masih kekal mengungguli senarai penjaring terbanyak.

“Perebutan anugerah selaku penjaring terbanyak masih lagi terbuka.

“Apa yang pasti, ia dijangka lebih sengit kerana kedudukan Mohd Hazazi Harsi dibayangi beberapa pesaingnya,” ujar Musabaqah kepada Arena Suara Sarawak.

Katanya, dua pesaing terdekat iaitu Ahnaf Ahmad dari pasukan Ensumbar FC dan Mohd Morizad Morni (IPD Bintulu) masing-masing berada di kedudukan kedua dan ketiga dengan lima gol.

Seorang lagi pemain PPFC, Mohd Haidal Yusuf berada di kedudukan keempat dengan empat gol.

Samsu Alam Abdul Samad (PPFC) dan Reynold Oleh Uming (Kenyana OU FC) pula berada di kedudukan kelima dan keenam dengan tiga gol.

Sementara itu, lapan perlawanan dijadual berlangsung hujung minggu ini.

Empat perlawanan berlangsung pada Sabtu, manakala empat lagi perlawanan akan berlangsung pada Ahad.

CAPTION: KEDUDUKAN SEMASA… Senarai penjaring Piala Presiden BIFA Edisi Ke-3 2026.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU