ARTIKEL

PRESIDEN BIFA…Haji Sophie Shariee.

PIALA PRESIDEN BIFA EDISI KE-3: Hadiah wang tunai kekal

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kejohanan Bola Sepak Piala Presiden Persatuan Bola Sepak Bahagian Bintulu (Persatuan Bola Sepak Bahagian Bintulu) atau BIFA edisi ketiga kembali menemui peminatnya apabila penganjurannya dijadualkan bermula pada awal April tahun depan.

Presiden BIFA, Haji Sophie Shariee berkata, kejohanan berprestij yang sering menjadi tumpuan peminat bola sepak dari seluruh pelosok Sarawak itu masih mengekalkan jumlah keseluruhan hadiah wang tunai sebanyak RM28,000.

Menurut beliau, juara kejohanan akan membawa pulang hadiah wang tunai RM15,000, manakala naib juara menerima RM7,000.

Sementara itu, dua pasukan yang tewas di peringkat separuh akhir masing-masing akan menerima RM3,000 selaku pemenang tempat ketiga bersama.

“Kita masih mengekalkan hadiah wang tunai dengan jumlah yang sama seperti musim lepas iaitu kepada tiga kelompok pasukan terbaik, iaitu juara, naib juara dan tempat ketiga bersama,” katanya kepada Arena Suara Sarawak.

Mengulas mengenai penyertaan, Sophie berkata pihaknya menyasarkan sebanyak 20 pasukan untuk beraksi dalam saingan musim baharu itu.

“Sasaran awal kita adalah 20 pasukan. Sekiranya jumlah penyertaan melebihi sasaran, ia merupakan satu petanda yang positif,” jelasnya.

Beliau turut menyeru pasukan sekitar Bintulu supaya mengambil peluang menyertai kejohanan berkenaan.

“Pendaftaran awal boleh dibuat dengan menghubungi Setiausaha BIFA, Musabaqqah Meliki di talian 010-5580013,” katanya.

Sophie turut memaklumkan bahawa pihaknya akan membincangkan secara terperinci format kejohanan berkenaan dalam masa terdekat.

“Penyenaraian pemain muda diwajibkan bagi setiap pasukan yang bertanding. Ini merupakan langkah awal BIFA ke arah memperhebatkan pembangunan sukan bola sepak di Bintulu pada peringkat akar umbi.

“Kejohanan ini juga secara tidak langsung mencerminkan komitmen BIFA dalam memperkasakan pembangunan bola sepak, khususnya di Bintulu,” katanya.

Beliau berkata, penganjuran kejohanan itu bukan sahaja memberi peluang kepada pemain daripada pasukan terlibat untuk mengetengahkan bakat masing-masing, malah berupaya melahirkan lebih ramai bakat baharu.

Usaha tersebut sekali gus dapat dijadikan penanda aras awal BIFA dalam menyediakan pemain bagi membentuk skuad menghadapi Liga Premier Sarawak 2026.

BERITA LAIN

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha

Ultras Bluewave bawa sorakan Hong Kong ke Kuching

KUCHING: Demi menyokong pasukan kesayangan, kira-kira 40 penyokong tegar Kitchee SC sanggup merentas lautan dari Hong Kong ke Kuching bagi menyaksikan aksi Liga Juara-Juara Asia

BERITA TERBARU

Taman Kenyalang ngеna konsep moden

KUCHING: Datuk Bandar Kuching Selatan, Dato Wee Hong Seng nerima penuemai basa ari diligit Chung Yuan Christian University (CYCU), Taoyuan, Taiwan, ti bejuraika asil tungkap

Standard teknikal nyamin pemujur servis

CYBERJAYA: Komiti Besai Komunikasyen enggau Multimedia Malaysia (MCMC) negap pemansang standard teknikal nentuka servis begunа baka komunikasyen, bekal kuasa karan enggau ai ulih beoperasyen likun,