ARTIKEL

PENGERUSI...Raymond Anak Lori.

PIALA RCU EDISI KE-3: 32 pasukan berentap

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kejohanan Bola Sepak Sembilan Sebelah Piala Rimong Crocs United Edisi Ke-3 akan bermula pada 8 September depan di padang bola sepak Kampung Sebangkui, Serian.

Pengerusi Kejohanan, Raymond Anak Lori memberitahu, 32 pasukan akan berentap untuk memburu gelaran juara pada saingan kali ini.

Menurut Raymond, hadiah wang tunai keseluruhan RM2,900 termasuk hadiah iringan lain disediakan untuk karnival kali ini.

“Pasukan yang berjaya muncul juara akan menerima wang tunai RM1,600 berserta pingat dan piala.

“Naib juara akan menerima wang tunai RM800 berserta piala dan pingat. Berbanding wang tunai RM500, piala dan pingat untuk pemenang tempat ketiga. Pasukan yang menduduki tempat keempat akan menerima hadiah piala dan pingat,” ujar Raymond kepada Arena Suara Sarawak.

Dalam pada itu, hadiah wang tunai juga turut disediakan untuk pemain terbaik perlawanan akhir. Dengan format kejohanan adalah kalah singkir.

Katanya, kejohanan terbabit dianjur Kelab Rimong Crocs United yang merupakan aktiviti tahunan kelab berkenaan.

Objektif penganjuran kejohanan tersebut selain memberi peluang kepada pemain pasukan terlibat mengetengah bakat mereka.

Usaha mengelola kejohanan berkenaan secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara semua yang terlibat.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU