ARTIKEL

Para pelumba menyejukkan badan selepas perlumbaan peringkat keenam Le Tour de Langkawi (LTdL) Malaysia 2026 dari Pandan Indah ke Rembau, Negeri Sembilan sejauh 121.3 kilometer.

Pickrell juarai Peringkat Enam Le Tour de Langkawi 2026

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

REMBAU: Riley Pickrell dari Modern Adventure Pro Cycling muncul juara Peringkat Enam Le Tour de Langkawi 2026.

Pelumba Kanada itu mencatat masa dua jam 40 minit 06 saat pada perlumbaan 121.3 kilometer dari Pandan Indah ke Rembau.

Matteo Malucelli dari XDS Astana Team menduduki tempat kedua manakala Seppe Van Den Boer dari Tudor Pro Cycling Team di tempat ketiga dengan catatan masa sama.

Pickrell memuji sokongan rakan sepasukan yang membantunya mengatasi persaingan sengit dengan Malucelli pada pecutan akhir.

Sementara itu, Lennart Jasch dari Tudor Pro Cycling Team kekal mendahului klasifikasi keseluruhan dengan Jersi Jingga selepas mencatat masa 21 jam 38 minit 39 saat.

Menurut Bernama Peringkat Tujuh hari ini akan meneruskan perlumbaan sejauh 158.9 kilometer dari Dataran Pahlawan, Melaka ke Jalan Rahmat, Batu Pahat.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Wanita rentung dalam kebakaran

KUCHING: Seorang wanita berusia 35 tahun ditemukan rentung selepas dipercayai terperangkap dalam kebakaran sebuah rumah di Jalan Taman Kim Pang di sini, petang tadi. Jurucakap