Pilihan raya bukan boleh dicuba-cuba

KUCHING: Pilihan raya bukan satu medium untuk dicuba-cuba tetapi perlu diambil serius berdasarkan fikiran yang waras.

Ketua Pergerakan Wanita PBB Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata demikian ketika mengulas pergolakan politik yang melanda Semenanjung Malaysia pada Wacana Minda: Buletin Indikator Sosial Sarawak Siri Masa 2015- 2016 di Pustaka Negeri di sini, semalam.

“Kita harus pastikan apa-apa yang berlaku di Semenanjung Malaysia tidak terjadi di Sarawak.

“Oleh itu, pilihan raya bukan medium yang boleh dimain-main tetapi dipilih dengan fikiran waras,” katanya.

Fatimah yang juga Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-kanak menambah, fokus Kerajaan Sarawak adalah membangunkan ekonomi serta infrastruktur Sarawak.

Maka, beliau berharap agar arena politik Sarawak tenang.

Terdahulu, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengumumkan peletakan jawatan sebagai Perdana Menteri yang kemudiannya diperkenan oleh Yang di-Petuan Agong dilantik sebagai Perdana Menteri interim.

Suara Sarawak