Restoran Puzzle saji pelbagai menu istimewa pakej bufet Ramadan

Pinda Ordinan Buruh Sarawak, lindungi kebajikan pekerja

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
ZAIDI NASAR
ZAIDI NASAR

KUCHING: Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) Sarawak menggesa Ordinan Buruh Sarawak dipinda supaya selari dengan Akta Pekerjaan sekali gus melindungi kebajikan pekerja di negeri ini.

Pengerusinya Zaidi Nasar berkata, Seksyen 8C harus dipinda dan memberi kuasa kepada Pengarah Jabatan Tenaga Kerja untuk menyiasat semua aduan meliputi pekerja yang gajinya tidak melebihi RM10,000 sebulan.

Manakala, katanya di bawah Ordinan Hari Kelepasan Am (Sarawak), lima daripadanya iaitu Hari Kebangsaan, Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong, Hari Keputeraan Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Hari Pekerja dan Hari Malaysia perlu ditambah.

“Kita juga berpandangan setiap majikan hendaklah memberikan cuti paterniti berbayar selama tujuh hari sebagai tambahan ke dalam ordinan.

“Selain waktu kerja seminggu dihadkan kepada 45 jam, notis gangguan seksual, cuti bersalin dipanjangkan kepada 98 hari dan larangan diskmirinasi dalam pekerjaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Zaidi berkata, semua cadangan pindaan Akta Kerja 1955 tersebut perlu diseragamkan di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak bagi memberi perlindungan sosial yang sama rata kepada semua pekerja khususnya di negeri ini.

“Perkara itu perlu mendapat perhatian segera Kerajaan Negeri agar pindaan Ordinan Buruh Sarawak untuk dibawa ke persidangan parlimen yang sedang berlangsung.

“Kerajaan Sarawak juga perlu memberi perhatian kepada keperluan kebajikan pekerja swasta dalam bersama berganding bahu membantu merealisasikan hala tuju pembangunan negeri,” tambahnya.

Berita Berkaitan

E-Paper

22 Mac 2023

Berita Terbaru