ARTIKEL

Pindaan akta baharu kukuhkan FINAS

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PINDAAN AKTA Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) yang baharu akan memberi kuasa lebih kukuh kepada perbadanan itu, selaras dengan perkembangan industri kreatif masa kini.

Pengerusi FINAS, Datuk Hans Isaac berkata, antara tiga teras utama dalam pindaan tersebut ialah pengukuhan kuasa FINAS, pendigitalan dan kebajikan penggiat seni.

“Kami mahu memastikan sesiapa yang bergerak di luar struktur kerajaan akan dikenakan denda yang lebih ketat.

Kuasa FINAS mesti diperkukuh supaya lesen dan peraturan dipatuhi,” katanya dalam sidang media khas barubaru ini.

Tambah beliau, teknologi moden seperti telefon pintar dan rakaman digital memerlukan akta sedia ada dikemas kini daripada format lama 35 milimeter kepada format digital, supaya semua penggiat industri kekal dalam landasan sah.

Dalam usaha  memperjuangkan kebajikan penggiat seni, Hans turut memaklumkan bahawa pihaknya sedang mengusahakan pelan jangka panjang dengan melibatkan agensi seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

“Dulu, saya sendiri bayar KWSP dan PERKESO waktu berlakon umur 21 tahun tetapi sekarang, kita mahu struktur yang sistematik.

Mungkin tidak perlu 25 peratus, cukup 12 peratus iaitu enam peratus dari majikan dan enam peratus dari pekerja,” jelasnya.

Beliau menjelaskan, ini penting supaya penggiat seni tidak lagi dilihat sebagai pekerja gig semata-mata, tetapi mendapat status seperti pekerjaan tetap yang membolehkan mereka memohon pinjaman rumah, kenderaan dan pelbagai manfaat lain.

Menyentuh tentang program Ziarah Maidani yang membantu artis veteran baru-baru ini, beliau menyifatkannya sebagai langkah sementara yang penting, namun menyedari perlunya pelan jangka panjang yang lebih menyeluruh.

“Ziarah Maidani bantu keperluan sekarang, tetapi kita kena fi kir juga nasib generasi akan datang apabila dah capai usia 60 hingga 70 tahun,” katanya Hans turut memaklumkan kewujudan Dana Borneo yang difokuskan khas untuk membantu penggiat seni dari Sabah dan Sarawak agar mereka tidak terpinggir.

“Daripada 100 permohonan, biasanya 90 dari Semenanjung. Kita nak pastikan Sabah dan Sarawak turut menerima manfaat yang seimbang,” ujar beliau sambil menambah jumlah dana akan diumumkan oleh Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.

Dalam pada itu, Hans berkata, pihaknya mengenal pasti tujuh tonggak utama pembangunan industri, namun menumpukan kepada empat atau lima yang paling kritikal dalam tempoh dua tahun ini.

BERITA LAIN

Shuib Sepahtu tampil mohon maaf

PELAWAK Shuib Sepahtu mengambil tanggungjawab atas ketegangan yang berlaku antara dirinya dengan rakan seperjuangannya, Jep Sepahtu, apabila tampil memohon maaf secara terbuka selepas hampir seminggu

A. Aida reda filem tiada sambutan

PENERBIT terkenal, Datuk A. Aida menerima dengan hati terbuka hakikat bahawa filem terbitannya, Bisikan Nafsu, tidak mendapat sambutan seperti yang diharapkan selepas mula ditayangkan di

BERITA TERBARU

Rakyat protes dasar berat sebelah

BANGKOK: Ratusan penunjuk perasaan berhimpun berhampiran Pusat Konvensyen Nasional Queen Sirikit (QSNCC) pada Khamis bagi membantah dasar Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia yang

Geran pemula bantu usahawan muda Sarawak

KUCHING: Usahawan belia di Sarawak berpeluang memohon geran sehingga RM15,000 menerusi Geran SYStartUP bagi membantu menampung kos permulaan dan pembangunan perniagaan masing-masing. Timbalan Menteri Belia,