ARTIKEL

Piya: Awas Kuching!

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BEKAS bintang tengah Malaysia/Kelantan, Mohd Badhri Radzi atau lebih dikenali sebagai Piya memberi amaran kepada Kuching FA bahawa penguasaan takhta Liga M3 2019 bakal bertukar tangan selepas ini.

Dengan hanya dipisahkan satu mata ketika ini, Kelantan United bersiap sedia untuk memintas KuchingFA.

Selepas mengharungi pelbagai liku sejak awal musim ini, Piya bertekad membantu pasukan baharunya, Kelantan United menjuarai Liga M3 musim ini.

“Saya ingin ucapkan terima kasih kepada semua pihak pengurusan Kelantan United kerana sudi untuk terima lagi khidmat saya walaupun sudah macam-macam yang saya hadapi sebelum ini,” jelasnya.

“Saya tidak nafikan suatu ketika dahulu saya pernah berada di atas dan sekarang

saya tidak kisah untuk mula dari bawah. “Walaupun kita sedar banyak kerja rumah perlu dilakukan untuk bawa Kelantan United ke tahap yang lebih tinggi,” jelasnya. Kelantan United dibiming oleh bekas bintang Kelantan, Zahasmi Ismail.

Sementara itu, Kuching FA menyedari kekuatan Kelantan United yang semakin kuat ekoran kehadiran ramai pemain baharu termasuk import luar negara.

Bagi jurulatih Kuching FA, Ideris Untong mereka akan terus menggandakan usaha kerana menyedari saingan pusingan kedua nanti pasti lebih sengit.

“Kami akan cuba dan berusaha sedaya upaya untuk kekal di tangga teratas,” jelas Ideris.

Kuching akan turun menentang Penjara FC di Stadium Sarawak Sabtu ini.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU