PKP: 700kg sayur diagihkan percuma untuk 434 KIR di Bintulu

BINTULU: Sebanyak 700 kilogram sayur-sayuran diedarkan secara percuma kepada 434 Ketua Isi Rumah(KIR) dari tiga kampung-Kampung Assyakirin Fasa 1, Kampung Assyakirin Fasa 2 dan Kampung Assyakirin Fasa 3 dekat sini bagi menggalakkan masyarakat mengamalkan pemakanan berkhasiat biarpun berdepan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pemilik Simpang Bakun Plantations, Ling Kah King mengambil inisiatif mengagihkan hasil pertanian kepada 434 KIR di tiga kampung itu , bagi meringankan beban mereka ketika PKP.

Kah Kiong berkata beliau terpanggil melaksanakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) itu setelah menyedari kesukaran mereka keluar rumah berikutan keterbatasan penduduk susulan PKP.

“Kita agihkan sayur bendi, dan kacang panjang sebanyak 700 kilogram selepas mendapati keperluan lain seperti beras, tepung dan gula sudah diberikan oleh pihak bertanggungjawab lain termasuk Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Sementara itu, Ketua Kaum Kampung Assyakirin Fasa 1, Pengiran Hamdan Pengiran Kerta berkata dia bersyukur dengan pemberian itu dan berterima kasih kepada pihak yang prihatin menghulurkan sumbangan tersebut.

Suara Sarawak