ARTIKEL

PKP cetus idea jual daging perap

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kesan daripada perniagaan mencetak yang merudum akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Zainal Abidin Yaman beralih kepada perniagaan makanan iaitu kambing, ayam dan daging perap.

Beliau yang mengusahakan produk berjenama ZA Frozen Food berkata minatnya terhadap makanan berasaskan kambing amat sukar didapati ketika PKP.

“Dari situ, saya mendapat idea untuk menghasilkan makanan perap kerana saya dapat menjangkakan peluang pasaran ini luas.

“Lagi pula, ketika PKP perniagaan mencetak amat perlahan dan saya tidak boleh hanya bergantung kepada perniagaan itu sahaja,” ujarnya kepada Suara Sarawak semasa Program Agro Bazar Online (ABO) yang dianjurkan oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama).

Tambah Zainal, produk makanan mendapat permintaan tinggi semasa PKP.

“Semua orang ingin makan dan perniagaan daging perap saya mendapat sambutan.

“Sejak menjalankan perniagaan mencetak saya telah bersama Fama, jadi apabila menceburi perniagaan makanan saya telah arif tentang kualiti dan jaminan produk yang diajar oleh agensi itu,” katanya.

Beliau turut merancang untuk menembusi pasaran luar negara, hasil dorongan Fama bahawa produk makanan perapnya mampu pergi jauh.

“Produk saya senang dan memudahkan urusan suri rumah sehingga boleh disediakan dalam 15 hingga 20 minit sahaja.

“Daging yang telah diperap rasanya enak dan menyelerakan,” katanya.

Beliau turut menasihati usahawan muda supaya bersungguh-sungguh kerana hasil daripada usaha itu amat berbaloi.

“Jika ada modal RM10,000, gunakan separuh untuk ilmu iaitu mempelajari selok-belok perniagaan.

“Ilmu juga penting untuk menentukan kita boleh berjaya kerana ilmu merupakan tangga kejayaan,” katanya.

BERITA LAIN

Perkukuh daya tahan ekonomi

KUALA LUMPUR: Belanjawan 2027 bertujuan memperkukuh daya tahan ekonomi Malaysia, menyokong perubahan industri dan meningkatkan pembangunan tenaga kerja dalam sektor sarung tangan getah, kata Persatuan

Industri minyak dan gas perluas operasi

KUALA LUMPUR: Industri perkhidmatan serta peralatan minyak dan gas (OGSE) Malaysia di landasan tepat bagi fasa pertumbuhan selanjutnya dan perlu terus memperluas skala operasi, inovasi

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha